Travelog Sabah Part 2 | Desa Dairy Farm, Kundasang


Lokasi menarik yang pertama kami pergi di Kundasang semestinya lokasi trademark Kundasang iaitu Desa Dairy Farm. Syukur yang teramat sangat, Allah izinkan kami meneroka keindahan alam di Kundasang sepuas-puasnya kerana cuaca sangat bagus dan langit tidak berkabus langsung. Jelas kelihatan puncak Gunung Kinabalu dari awal pagi lagi. Terasa seperti Kundasang "welcoming" kunjungan kami yang pertama kali jejakkan kaki ke sini.


DESA Dairy Farm , Kundasang


Orang Sabah panggil tempat ni dengan gelaran "DESA". Desa Dairy Farm ini terletak di kaki Gunung Kinabalu di Kundasang , Sabah. Desa Dairy Farm menghasilkan kira-kira 900,00 liter susu setiap tahun. Ladang di sini seluas 199 hektar dan sebahagian besar lembu yang menghasilkan susu adalah baka Friesians, baka lembu pengeluar susu tertinggi. Desa Dairy Farm ini di buka setiap hari termasuk hari cuti umum dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang.




Sebelum kami masuk ke dalam, driver dari NH Travel parking kereta di luar pintu masuk dan sarankan kami untuk bergambar di sini dahulu, kerana dari luar pintu masuk gambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu sangat jelas dan cantik.



Lepas bergambar di sini, rasa perasaan yang sangat gembira dan bersyukur. Impian nak bergambar di sini sudah tercapai. Terima kasih Allah atas segala nikmat , ruang dan peluang.

Entrance Fee Desa Dairy Farm 


Total kos tiket masuk kami sekeluarga ke sini RM 14 sahaja, RM 5 untuk tiket dewasa x 2 dan 1 tiket kanak-kanak ( RM 4 ) untuk Arif Haikal , si adik hakim masih bawah umur masuk percuma. 

Aktiviti dalam Desa Dairy Farm 


1) Menikmati permandangan hijau yang segar 



The Arifs sangat enjoy menatap keindahan lukisan alam semulajadi di sini. SubhanaAllah. Untung diorang ni kecik2 dah merasa pergi kundasang.. Huda ni dah umur 33 baru merasa tau..


Lembu di Desa Dairy Farm.

2) Menikmati Gelato dan Susu Segar 


Kami sempat menikmati gelato yang sangat sedap dan segar. Arif dan Hakim berkongsi gelato choclate yang ditambah topping koko crunch, manakala huda dan suami berkongsi gelato vanilla topping dengan bluberry.  Harga  gelato sahaja tanpa topping RM 5.30, dan tambahan topping RM 1.00 sahaja.
Nak beli ni pun harus beratur panjang.

Post wajib bila jejak kaki di sini. Namun cair sudah Gelato Blueberry ni..


Makan sambil menikmati keindahan Gunung Kinabalu.



Kalau nak beli susu pun ada kaunter berasingan dan harus beratur panjang. Maka hasrat nak beli susu di abaikan jer la. Lagi kami sudah kenyang makan Gelato tadi. Maybe next time kami akan cuba beli susu di sini.

3) Melawat Calf Pen



Di sini dapat melihat dan merasai pengalaman beri lembu dan kambing makan.
Harga untuk beri makan dan minum lembu dan kambing adalah :-
1 ikat rumput : RM 1.00
1 botol susu : RM 1.50



Huda just amik gambar jer kat sini. The Arifs agak sensitif dengan bau dan bulu binatang, maka untuk elakkan diorang tak sihat huda hanya bagi mereka lihat sahaja. Sorry anakku, mama terpaksa jadi over protective sebab kita jauh lagi nak travel ni, ni baru lokasi pertama kita terjah di Sabah.


4) Melawat Cow Barn




Di Cow Barn ini orang ramai berpeluang melihat lembu secara dekat. Namun huda dan sekeluarga tak pergi pun.  As always, over protective mom and try to avoid any health issues with the kids.

5) Melihat Proses Penghasilan Susu

Kali ni berkunjung ke Desa Dairy Farm ni hari Jumaat pagi. Dan malang yer, milk production TUTUP! Takde rezeki nak lihat sendiri penghasilan susu di sini. The good thing is, ada alasan nak ke sini lagi next time, hehe...


Sebelum berkunjung ke sini, make sure korang check dahulu timing  di atas supaya korang tak menyesal terlepas pengalaman menarik di sini. Dan juga sebelum pergi sila doa banyak-banyak cuaca okay.
Untuk maklumat lanjut dan update semasa , follow
FB Page : https://www.facebook.com/desadairyfarm/
Instagram : https://www.instagram.com/desadairyfarm/



~ Nak jalan-jalan sabah?
Boleh hubungi NH Travel untuk tempah kereta sewa di Sabah dan juga pakej travel & tour Sabah yang terbaik!



Post a Comment

0 Comments