Travelog Sabah Part 10 | Umea Glam Kundasang Yang Unik


Alhamdulillah, bucketlist tahun 2020 nak menginap di Glamping Dome yang pertama di Kundasang sudah pun terlaksana. Pengalaman unik dapat menginap di Umea Glam Kundasang takkan kami lupakan, especially tahap kesejukan 14 darjah celcius di sini dan semestinya permandangan di sini yang takkan dapat di lihat di tempat lain.. one and only at Umea Glam Kundasang...



 Umea Glam Kundasang

Sunrise di Umea Glam Kundasang 

Nama sahaja dah cukup unik kan? Bila travel agent NH Travel Sabah recommend untuk huda stay di sini masa perancangan awal itinerary percutian di Sabah ni, huda terus layari website https://umeaglam-kundasang.com/ . Tengok gambar-gambar dalam website ni jer dah teruja nak jejakkan kaki di sini. Syukur Ya Allah, perancangan 5 bulan lepas berjalan dengan sangat lancar.

Lokasi Umea Glam Kundasang


Umea Glam Kundasang ini terletak di Jalan Golf Course , Mesilau, Kundasang. Untuk ke sini, akan lalu Kiram Village dan Rocky Mountain Kundasang . Kalau korang tengok dalam map bawah ni , Umea ni terletak dalam kawasan warna hijau , so dalam hutan tau lokasi Umea Glam Kundasang ni. Bukan tepi jalan yer.. Nama pun nak glamping kan, haruslah masuk dalam hutan, hehe...





Ini adalah route ke Umea Glam Kundasang, masuk kesini dari Rocky Mountain . 




Review Penginapan di Umea Glam Kundasang

Urusan check in sangat mudah dan lancar. Walau kami sampai lewat malam, dah gelap dan kami harus berjalan merentasi jalan hutan di celah pokok-pokok bersuluhkan lampu sahaja. Adanya staff Umea Glam Kundasang, Encik Farhan sangat membantu kami, sehingga kami selamat sampai ke glamping kami yang terletak di bahagian bawah.

Dah sampai glamping kami, tapi The boys kena duduk di luar dahulu, mama nak amik gambar jap! 
Suasana malam yang dingin. Huda check suhu dalam 16 degree time ni pada jam 9 malam.. dan suhu keep on decreasing... fuh!


Ini dia glamping kami yang di beri nama Gallivare.  Ini merupakan dome terbaru di sini dan di hiasi dengan tema The “Rugged Bohemian”. Glamping di tingkat bawah, jadi dapat lihat permandangan direct tanpa ada halangan dome yang lain. 


Kemudahan di Umea Glam Kundasang | Dome Gallivare



Buka jer pintu nampak katil.. empuk sungguh katil kat sini dengan dekorasi yang sangat cantik. Hebat betul interior design dalam ni. I'm so in love!
Ada katil queen, dan bantal banyak! Ada 4 bantal besar dan 4 bantal kecil. Ada side table dan lampu tidur. Ada juga rak kecil yang ada perfume bilik dan juga cermin yang comel.
p/s - korang nampak tak ARIF dah buat signature nama dia kat dinding glamping ni. Orang suh duk luar diam2, dia tulis nama dia pulak. Redha jer lah mama... 


Toleh ke kiri dari pintu nampak pula meja dan juga cushion untuk duduk atas lantai. Ada kipas diri,  kettle juga dan juga 3 in 1 nescafe. 


Di tepi dinding ada sepasang kerusi rotan. 


Dan ada lagi sepasang kerusi rotan menghadap ke luar glamping. Ada juga coffee table dan juga majalah . Tak sempat pun nak belek ada majalah apa. 

Ada juga di sediakan selipar dalam glamping ni, sleeping bag, tempat sangkut baju, iron dan sejadah. Bagus ada sejadah, sangat muslim friendly. 

Bahagian luar pula ada kerusi dan meja. Toilet juga berada di luar glamping hanya berdindingkan zink namun dekorasi toilet pun cantik.hehe.. Ada kemudahan memasak dengan portable stove dan juga kelengkapan seperti pisau, kuali dan pinggan magkuk. Ada juga ridsect, maklum lah kan dok dalam hutan. Standby untuk protection. tapi kami tak guna pun. 


Selesai huda amik gambar The Arifs pun bersiap mandi dan ready untuk tidur. Yer lah, anak-anak mesti penat sangat seharian berjalan ronda satu Kundasang ni. 



Alhamdulillah, glamping yang sangat selesa dan lena The Arifs tidur



Keesokan paginya seawal lepas solat subuh dalam pukul 5.40 am huda dan suami dah keluar dari glamping dengan tahan jer  suhu 14 darjah celcius demi menikmati moment indah di pagi hari. Hari ni jer lah dapat merasa kesejukan dan view yang "spectacular"...








Family potrait at Umea Glam Kundasang

Follow Umea Glam Kundasang untuk maklumat terkini 





~ Nak jalan-jalan Sabah dan cipta memori indah macam The Arifs ni? 
Boleh hubungi NH Travel untuk tempah kereta sewa di Sabah dan juga pakej travel & tour Sabah yang terbaik!

Post a Comment

17 Comments

adianiez AIDA said…
wow! pengalaman yg best ni, huda.
aida pernah survey glamping di perak. mana ntah. tepi sungai.
tapi tu la, tandas nyer sgt jauh, perlu keluar.
bila ada anak dara, faktor ni kena amik kira.
yg ni, mcm ok ok je. sabah la pulak, jauh naw.
anyway, tq for sharing :)
Sunah Sakura said…
mak oi sejuk gilerr ekk 16'C! tapi syok la sejuk2 gitu..hihi
cantik design dalam glamping tu! belum pernah lagi stay dalam glam macam tu..
Ezna Khalili said…
Wow.....bestnya pengalaman glamping kat sini. Toilet tu kata zink kan saya dok tengok ada bumbung tak...hehe....Memang saya teringin nak ke Kundasang. Tak pernah jejak lagi.
Mus said…
sangat cantik tempat ni.. saya cuma ada lalu saja tapi tidak singgah.. pengalaman yang menarik untuk puan sekeluarga..
Menarik dan unik glamping ni. Suka dengan tempat mcm ni. Cantik dalam dan luar ..best!
cc kak fas said…
Cantiknya hiasan dalaman khemah ini... dah macam bilik rumah lak gayanya... boleh syorkan kepad amak2 muda yg suka glamping.
cindyrina said…
Terbaik la tempat ni. Lain dari yang lain. Nanti kalau ke kundasang memang nak duduk sini.
Hanny Abdullh said…
Cantiknya pemandangan.dari dulu teringin nak sana. Dulu pernah ke Sabah sekali tapi just naik Gunung Kinabalu je..tak sempat jalan2 ke kundasang
Sis Lin said…
Tak pernah lagi sampai Kundasang...kalau sejuk-sejuk gitu Sis suka!...memang cantik gile dan damai sungguh tempatnya..selesa nampak anak-anak Huda di sana..
Mimie said…
Memnag plan nak pergi Kundasang tapi tunggu baby besar dulu. Cantiknya pemandangan kundasang.
Nadia Johari said…
best sagat tempat dia ni..pengalaman tak boleh dilupakan..husihh..seronokla bebudak tu..
Ruby said…
Bestnya kak. Saya dah plan dari 2013. Tak pergi pergi lagi. Doakan dapat berpeluang ke sana ya
messarah said…
lawanyaa tempat glamping nya kat sabah pulak tu boleh lah plan ke sana lepas ni
nor ismalina said…
Wow cantiknya tmpat2 Di sabah
ROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!

4Hari 3Malam RM1,199 seorang (ALL IN).
4Hari 3Malam RM 699 seorang (Vehicle : Self-Drive + Return Flight Ticket)

Termasuk:-
 Penginapan jenis hotel
 Pengangkutan
 Pemandu merangkap tour guide
 Bayaran masuk ke setiap tempat lawatan
 RETURN FLIGHT TICKET!!
 Island Hopping (Manukan & Sapi Island)


Maklumat Lanjut boleh terus berhubung dengan saya di talian +60108158484(Ira).
Terima Kasih
ROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!

4Hari 3Malam RM1,199 seorang (ALL IN).
4Hari 3Malam RM 699 seorang (Vehicle : Self-Drive + Return Flight Ticket)

Termasuk:-
 Penginapan jenis hotel
 Pengangkutan
 Pemandu merangkap tour guide
 Bayaran masuk ke setiap tempat lawatan
 RETURN FLIGHT TICKET!!
 Island Hopping (Manukan & Sapi Island)


Maklumat Lanjut boleh terus berhubung dengan saya di talian +60108158484(Ira).
Terima Kasih
Amin-Amin

Semoga dipermudahkan Puan.

ROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!

4Hari 3Malam RM1,199 seorang (ALL IN).
4Hari 3Malam RM 699 seorang (Vehicle : Self-Drive + Return Flight Ticket)

Termasuk:-
 Penginapan jenis hotel
 Pengangkutan
 Pemandu merangkap tour guide
 Bayaran masuk ke setiap tempat lawatan
 RETURN FLIGHT TICKET!!
 Island Hopping (Manukan & Sapi Island)


Maklumat Lanjut boleh terus berhubung dengan saya di talian +60108158484(Ira).
Terima Kasih