Travelog Sabah Part 1 | Review Giman Homestay Kundasang


Travelog Sabah Part 1 - Perjalanan cuti-cuti Sabah bermula dengan memulakan perjalanan dari Kota Kinabalu Airport ke Giman Homestay di Kundasang. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam lebih. Huda syukur sangat amik pakej travel Sabah siap dengan driver, sebab jalan di Kundasang sangat mencabar.




Kami gerak dari Airport dalam pukul 4.30 pm. Sampai di Kundasang sudah hampir waktu maghrib. 
Ini kali pertama huda menatap keindahan puncak Gunung Kinabalu. Allah sahaja tahu perasaan betapa bersyukur dan gembira dapat melihat Gunung kinabalu depan mata. 

Sebelum check in Giman Homestay ,driver kami bawa makan malam di Warung Sayap Wak Ali yang terkenal di Kundasang.



First time makan sayap ayam di kundasang, cicah dengan sos pedas. Memang sedap sangat. 

Selepas dinner kami terus ke Giman Homestay yang terletak dekat sahaja dengan warung sayap wak ali. 

Urusan check in mudah dan cepat. Alhamdulillah, badan kami pun sudah keletihan travel dari Kota Bahru ke Kota Kinabalu menaiki kapal terbang, seterusnya road trip ke kundasang. Dari pagi ke malam kami musafir. Dapat berehat di homestay yang selesa dan bersih memang menghilangkan segala penat dan lenguh badan kami.


Kenapa pilih menginap di Giman Homestay? 


#1. Lokasi Strategik



Giman Homestay menjadi pilihan penginapan yang pertama huda dan sekeluarga di Kundasang kerana lokasi yang strategik berdekatan dengan pelbagai tarikan menarik di sini. Giman homestay terletak di kampung Giman dan hanya 500 meter dari Pekan Kundasang.


#2. Homestay Selesa dan Lengkap


Ruang tamu yang lengkap dengan sofa dan TV siap ada channel Astro.

Bilik Utama. Katil Queen dan ada trundle bed. Ruang bilik agak luas dan selesa untuk solat.

Bilik kedua - Katil single dan terdapat extra single bed 2 unit.



Ruang dapur yang luas dan lengkap dengan peti sejuk dan meja makan. Nak  memasak pun boleh sebab ada kelengkepan memasak seperti stove, periuk nasi dan kettle.


Bilik air yang bersih serta lengkap dengan water heater. sangat penting yer water heater di Kundasang sebab suhu pagi di sini dalam 14 degree. sejuk sungguh!



Di luar homestay juga terdapat kemudah BBQ , meja dan kerusi. Best ni kalau datang ramai-ramai buat family day kat sini.


#3 Permandangan yang indah 


Paling best bila menginap di Giman Homestay ini , dapat menikmati permandangan matahari terbit yang sangat memukau. Keluar jer pintu homestay, view indah ini terbentang luas depan mata. SubhanaAllah. Terima kasih Allah.. Cuaca sangat bagus ketika kami menginap di sini. Tiada kabus dan awan tebal menghalang kami untuk menatap keindahan lukisan alam ini.


Permandangan indah waktu pagi , pukul 6.13 am. 



 Abadikan gambar bersama cinta hati di sini. 

Sunrise dari dalam rumah.

Di sekitar homestay, kiri kanan ada tanaman sayur yang segar menghijau.

#4  Mudah Nak Cari Makanan

Selepas check out dari homestay seawal pukul 7.30 pagi, kami terus mencari sarapan pagi. Lokasi homestay yang sangat dekat dengan Pekan Kundasang memang mudah nak cari makanan. Kriteria bab cari makanan ni sangat penting okay! Maklum lah dengan cuaca sejuk, memang cepat jer rasa lapar. 


Kami sarapan di Restoren Sri Hasanah dan Katering.  Depan restoren ni terbentang view puncak Gunung Kinabalu. Syukur sangat cuaca sangat baik waktu kami terkunjung ke Kundasang.


Di sini, huda makan goreng pisang panas-panas. Harga RM 1 sahaja untuk 5 pcs. Memang murah , sedap dan manis pisang goreng ni. Ada juga pilihan pelbagai kuih muih dengan harga RM 2 untuk 5 pcs. 

#5. Harga berpatutan 


Terdapat 2 pilih penginapan untuk tetamu di Giman Homestay

1) Rumah Homestay
Kapasiti seunit rumah 10-12 orang (dewasa + kanak-kanak)

Harga Penginapan
Hari Biasa - RM 280
Hujung Minggu - RM 330
Cuti umum - RM 330

2) Rumah Loteng

Harga Penginapan
Hari Biasa - RM 150
Hujung Minggu - RM 250
Cuti umum - RM 250



Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi :-

GIMAN HOMESTAY.

Kg. Giman Sinisian,

Kundasang Ranau

89308, Sabah

Phone: 011-28936257/016-6217409

Website: www.gimanhomestay.com

Post a Comment

0 Comments