Travelog Sabah di teruskan dengan lawati salah satu lokasi ikonik di Sabah iaitu Tanjung Aru. Apa yang Menarik di Tanjung Aru ? Pertama sekali semestinya fenomena matahari tenggelam yang tersenarai antara paling cantik di dunia . Selain itu ada apa lagi yer yang menarik di Tanjung Aru??
Sunset di Pantai Tanjung Aru - Pantai Ikonik di Kota Kinabalu Sabah.
.
Pantai Tanjung Aru merupakan tumpuan orang ramai untuk menikmati keindahan panorama matahari terbenam.
The Arifs main giant bubble di sini sementara menanti sunset.
Namun masa kami sampai, awan tebal. Jadi hanya mampu snap gambar matahari yang hampir tenggelam. Syukur dapat juga lihat betapa cantiknya sunset di Pantai Tanjung Aru ni.
Musical Water Fountain , Perdana Park, Tanjung Aru.
Dari Pantai Tanjung Aru, kami terus ke Perdana Park. Nak tengok Musical Water Foutain yang hanya akan ada pada jam 7.00 - 9.00 malam.
The Arifs sangat enjoy menikmati Musical Water Fountain yang mempesonakan dengan letusan air yang tiba-tiba, keluar dan melompat di udara. Bersama dengan bunyi lagu-lagu tempatan 'Sayang Kinabalu' dan muzik klasik mozart.
Family potrait di Perdana Park berlatar belakangkan Musical Water Fountain yang sangat cantik dan mempesonakan..
Sabah State Library, Tanjung Aru
View Sabah State Libary dari Perdana Park
Sabah State Library, Tanjung Aru ini terletak bersebelahan dengan Perdana Park. Tengok dari jauh memang cantik sangat senibina perpustakaan ni. Perpustakaan ini mula dibuka pada 1 April 2019
Bukan cantik di luar jer tau, bila kami masuk ke dalam perpustakaan ni sangat kagum. The Arifs paling excited bila huda bawa diorang ke aras 1 yang menempatkan ruangan untuk kanak-kanak.
Dekorasi dah macam masuk dalam akuarium pun ada.. Nak baca buku ke nak bergambar ni? hehe.. maklum lah banyak sangat port cantik nak bergambar. Termasuklah infinity mirror ni..
Di aras dua, sudut membaca untuk remaja terdapat kemudahan membaca yang sangat unik, tak pernah huda jumpa mana-mana perpustakaan macam ni!
Di aras dua ini juga kami sempat masuk ke Petrosains Maker Studio. The Arifs sukalah belajat sains sambil bermain.
So, pastikan bila korang bercuti ke Sabah, lawati semua tempat menarik di Tanjung Aru ni. Cipta memori indah bersama anak-anak.
~ Nak jalan-jalan Sabah?
Post a Comment