The Arifs Menjawab Jer!! Geram Betul...

Drama pagi ni bersama The Arifs yang #StayAtHome sepanjang hari demi mematuhi perintah kawalan pergerakan Covid-19. Hari ni masuk hari ke 4 kami tak pergi mana-mana. Hari pertama dan kedua ada juga keluar rumah sebab urusan yang harus diselesaikan dan beli barang dan stok makanan sampai hujung bulan ni. Drama pagi ni , Huda geram sangat dengan dua ketul The Arifs ni... haish, anak-anak memang panjang akal korang kan, mama suruh apa-apa ada sahaja jawapan yer!


Jam di dinding menunjukkan pukul 10.30 am.
The Arifs dah mula kebosanan sebab dah sejam huda suruh diorang baca buku. 

The Arifs : Mama....kami dah siap baca buku!! Nak main...

Mama: Mana boleh main, tengok jam, time macam ni belum balik sekolah kan. Kena belajar sampai pukul 12 lebih , baru boleh nak main!

The Arifs : Tapi...sekarang kan time rehat. Mana boleh belajar. Kena makan!

Haish.... terus blur nak menjawab apa dengan diorang ni. Huda baru jer baru keluar dapur prepare bahan-bahan untuk masak lunch nanti... Baru jer nak melangkah masuk bilik nak solat duha dan baca surah Al-Waqiah sekejap sebelum masuk dapur semula untuk masak.

Apa lagi, terpaksa lah minta tolong papa. Layan kan request diorang nak makan Roti Cheese. Thanks papa sudi tolong mama layankan The Arifs. Papa jadi makcik kantin hari ni, bagi anak-anak makanan waktu rehat. Huda lupa diorang makan cereal jer pagi tadi, tu yang pukul 10 lebih dah kelaparan...

Lepas makan , The Arifs main kat bilik. Gelak-gelak dua beradik ni..
Huda apa lagi habis solat, terus jadi "guru besar" . Nak bebel jer rasa dengan dorang ni.. 

Suruh diorang sambung baca buku lagi. Ada jer jawab yer...

Si adik pulak bersuara.. 

Saya tengah makan lagi, ada roti dalam mulut saya!

Haish.. geram..memang geram. Menjawab tu memang jawapan betul, tapi jawapan diorang tu buat huda takde idea kadang2 nak balas apa...bertuah kan anak-anak ni.

Itu baru sikit drama The Arifs ni... Kadang-kala moment macam ni yang buatkan huda dan suami geli hati sebelum tidur bila bercerita tentang anak-anak. Sekejap jer anak-anak kita dalam usia kecil yang petah menyusun ayat ikut logik fikiran mereka yang kita tak sangka-sangka... 

So, treasure this moment......

So far korang macamana melayan anak-anak sepanjang tempoh R M O ni ?

Bertabah yer wahai ibu bapa semua yang mesti bekerja dari rumah sambil melayan karenah anak-anak.
Especially si ibu lah, asyik lah kan masuk dapur. Dari awal pagi sampai lah malam. Masak itu ini, semoga kita semua diberi kesihatan dalam memberi khidmat terbaik untuk keluarga tersayang. Ikhlaskan hati jangan pernah merungut, walau penat...
Sentiasa konsisten amalkan Zikir Fatimah ni.. semoga hati dan badan yang terasa penat akan hilang dengan izin Allah..

 

1 comment: