Pengalaman Naik Kapal Terbang Air Asia Dari Kota Bahru Ke Kota Kinabalu


Pengalaman Naik Kapal Terbang Air Asia Dari Kota Bahru Ke Kota Kinabalu  | Alhamdulillah. Perancangan hampir 5 bulan lepas telah pun terlaksana. Jarak terdekat untuk ke Kota Kinabalu ,Sabah dari rumah kami di Kuala Terengganu adalah menaiki kapal terbang dari Kota Bahru Kelantan. Tiada direct flight Kuala Terengganu ke Kota Kinabalu. 

Dari Kuala Terengganu ke Kota Bahru 



Sehari sebelum kami menaiki kapal terbang ke Kota Kinabalu, kami bergerak ke Kota Bahru menaiki bas. Huda beli tiket bas pukul 2.30 pm , namun, pada pukul 1.30 petang driver bas call cakap bas dah ada, dan bas pukul 2.30 telah dibatalkan atas sebab tertentu. Agak kalut sebab The Arifs baru balik sekolah dan baru habis lunch time driver bas call. Suami minta driver bas tunggu kami pukul 2. 

Alhamdulillah, di sebalik kekalutan bas awal sejam, urusan dan perjalanan kami dari Kuala Terengganu ke Kota Bahru menaiki bas SKMK lancar. Setelah hampir 3 jam perjalanan, dalam pukul 5 kami selamat sampai ke Kota Bahru.

Huda tempah hotel ni AGODA, dapat rate RM 50++ sahaja. Transit sekejap jer kan, kita dok hotel murah2 jer!

 Turun sahaja bas trus dapatkan driver teksi untuk bawa kami ke hotel. Hotel pilihan huda adalah hotel budget OYO Golden Terminal Lounge yg berhampiran dengan airport Kota Bahru. 

The Arifs di lobi hotel, menanti Grab sampai untuk ke Lapangan Terbang Kota Bahru yang berhadapan sahaja dengan hotel ni. 


Kota Bahru ke Kota Kinabalu 



Kos tiket kapal terbang Air Asia dan juga Add ons makan. 


Alhamdulillah, urusan dari awal check in lancar walau ada sedikit masalah. Actually bukan masalah apa pun. Nama The arifs kan panjang... Muhammad Arif Haikal dan Muhammad Arif Hakim. Nama yang bercetak di boarding mereka nama sama Muhammad A sahaja. 




Jadi selepas urusan di imigresin. Huda perlu patah balik dan cari kaunter Air Asia untuk endorse clarification nama The Arifs tu. Nasib huda check in agak awal dalam satu jam setengah sebelum departure ,jadi tak de lah rushing sangat. Dan mujur airport di KB ni kecik sahaja.



 Tiket flight kami pukul 12.50 dan smpai pukul 3.25 pm. Jadi time atas awan ni memang time lunch, jadi huda booking awal2 menu Santan. 


Alhamdulillah, murah jugaklah compare kalau nak makan kat airport lagi mahal rasanya. 3 menu santan dengan diskaun sebab beli awal dan bayar guna kad BIG Pay. Cuma RM25.80 sahaja untuk semua ni. 



Sampai di airport Kota Kinabalu,kami solat jamak Zuhur Asar dahulu sebelum di jemput oleh Travel Agent. Selepas solat travel agent pilihan kami iaitu NH Travel sudah menunggu kami untuk bertolak ke Kundasang. 



Teruskan membaca Travelog Sabah untuk sambungan kisah percutian kami di Sabah.

Post a Comment

2 Comments

umminani said…
okay im waiting for next entry ya
Huda Halid said…
Tq UN sudi baca..