PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN)
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN)
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.
- RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat,
- RM100 bilion untuk menyokong 2 perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS)
- RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.
- Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.
No one will be left behind.
Jom kita sama-sama berkongsi isi kandungan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat ( PRIHATIN)
#1 Kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion bagi pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi COVID-19, termasuk mendapatkan khidmat kepakaran perubatan daripada perkhidmatan kesihatan swasta.

#3 Di samping itu, syarikat insurans dan takaful keluarga akan menawarkan penangguhan pembayaran premium atau sumbangan untuk tiga bulan bagi pencarum yang sumber pendapatan mereka terjejas akibat wabak ini.

#4 Elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak Covid 19

#5 Elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada 4 anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Elaun ini juga akan dibayar mulai 1 April 2020 sehingga wabak COVID-19 berakhir.
#6 Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion
- Pertama: RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020. 5
- Kedua: RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
- Ketiga: RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
- Keempat: RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.
- Di samping itu, baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion.
- Pelajar institusi pengajian tinggi akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020. Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta 6 kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS.



#8 Penangguhan bayaran balik pinjaman untuk tempoh yang sama kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020, dengan anggaran kutipan sebanyak RM149.2 juta

#9 mySalam menyediakan manfaat kepada golongan B40 yang dimasukkan ke hospital kerana jangkitan COVID-19. Pesakit boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 7 hari. Sebagai tambahan kepada inisiatif ini, Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan manfaat ini kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).
#10 Kerajaan membenarkan pengeluaran pra-persaraan dari akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli tanpa sebarang penalti cukai dalam tempoh bulan April hingga Disember 2020.
#11 Pengecualian pembayaran sewa bagi
- PPR daripada sebulan yang diumumkan sebelum ini kepada enam bulan dengan jumlah kos sebanyak RM3 juta ditanggung oleh kerajaan.
- Bagi unit sewa untuk milik pula, penangguhan pembayaran bulanan diberikan selama enam bulan bagi pembayaran balik pembiayaan bermula bulan April hingga September 2020.
- Perumahan Awam pula, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan memberi pengecualian yang sama yang memanfaatkan lebih 40,000 penyewa
- Untuk semua premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain. Ini termasuk semua premis milik agensi dan badan berkanun Kerajaan Persekutuan.
- Diskaun 50% akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt,
- 25% bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt
- 15% bagi penggunaan 301 hingga 600 kilowatt.
- Diskaun sebanyak 2% seperti dimaklumkan sebelum ini akan terus dinikmati oleh semua pengguna isi rumah.

#14 Kerajaan akan memberikan bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020.
#15 Sumbangan pesara Kerajaan juga tidak dilupakan. Dengan ini, Kerajaan akan menyalurkan bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020.

#16 Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion kepada Dana Jaminan Makanan. Selain itu, Kerajaan juga akan terus menyalurkan pelbagai bantuan kepada petani, penternak dan nelayan termasuk dalam bentuk bantuan input pertanian, ternakan dan perikanan untuk menggalakkan pengeluaran domestik.
#17 Kerajaan juga akan memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman.
Sebagai langkah tambahan, Kerajaan akan menyediakan dana khas antara RM100,000 hingga RM200,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan 11 Nelayan Kawasan yang berdaya maju untuk membangunkan projek agromakanan jangka pendek yang boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Ini untuk memastikan bekalan makanan terjamin. Langkah ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM64.4 juta.
#18 Program Subsidi Upah untuk membantu majikan mengekalkan pekerja. Menerusi program ini Kerajaan akan menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan. Program ini dikhususkan kepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020.
#19 bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM60 juta
- Pertama: Menambah dana dalam tabung Bantuan Kemudahan Khas atau Special Relief Facility untuk PKS sebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlah keseluruhannya RM5 bilion. Selain itu, kadar faedah bagi keseluruhan dana ini akan dikurangkan daripada 3.75% kepada 3.5%.
- Kedua: Meningkatkan saiz dana sebanyak RM1 bilion kepada RM6.8 bilion di bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi bagi meningkatkan lagi akses pembiayaan kepada PKS.
- Ketiga: Menyediakan dana tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro yang menjadikan jumlah keseluruhan RM700 juta bagi pembiayaan mudah. Skim ini akan dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional dengan menawarkan kadar faedah 2% sahaja tanpa cagaran. Syarat kelayakan pinjaman juga dilonggarkan dengan minimum enam bulan operasi berbanding setahun operasi. Amaun pembiayaan juga ditingkatkan daripada maksimum RM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan. Inisiatif ini adalah terbuka kepada semua usahawan mikro dalam semua sektor perniagaan termasuk pengusaha 14 taska, operator bas dan teksi, industri kreatif dan peniaga atas talian.
- Keempat: PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun juga boleh memanfaatkan skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) untuk pembiayaan sehingga RM300,000.
- Kelima: Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion selain meningkatkan kadar jaminan daripada 70% kepada 80% bagi syarikat PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman.

#21 Untuk pemilik-pemilik syarikat yang mengalami masalah aliran tunai. kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah.
- Pertama: KWSP akan memperkenalkan program Khidmat Rundingan Majikan pada 15 April 2020. Perkhidmatan ini merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan. Langkah ini dijangka memberikan penjimatan aliran tunai kepada majikan yang dianggarkan berjumlah RM10 bilion. Inisiatif ini akan memanfaatkan lebih 480,000 PKS dan syarikat yang terjejas, di samping menyelamatkan lebih 8 juta pekerjaan.
- Kedua: Mengecualikan pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor untuk tempoh enam bulan mulai bulan April 2020. Langkah ini dijangka membantu aliran tunai syarikat dengan penjimatan keseluruhan bernilai RM440 juta;
- Ketiga: Dengan rasa peduli terhadap masalah yang dihadapi
oleh kira-kira 750 ribu PKS, Kerajaan juga membenarkan
penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan
kepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April
2020. Ini adalah tambahan kepada langkah yang
diumumkan terdahulu di mana Kerajaan telah memberi
penangguhan bayaran ansuran cukai kepada perniagaan
yang terjejas dalam sektor pelancongan selama enam bulan
bermula 1 April 2020.
Bagi sektor lain yang turut terkesan, mereka dibenarkan untuk meminda jumlah cukai 16 pendapatan yang dikenakan pada bulan ketiga, keenam dan kesembilan ansuran dalam tempoh asas perniagaan.
#23 Kerajaan menyambut baik usaha institusi perbankan yang bersedia untuk menstruktur semula bayaran balik pinjaman sektor korporat bersesuaian dengan prestasi perniagaan mereka.
Analogi Mak Cik Kiah dan Apa yang Beliau Dapat Daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin?
- Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600,
- baki BSH sebanyak RM600,
- bantuan pesara sebanyak RM500,
- bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500 da
- n bantuan orang bujang sebanyak RM800.
- Kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM 200 sebulan sehingga wabak berakhir.
- sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744,
- penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyak RM1800,
- penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120.
- Anak Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan daripada penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan sebanyak RM1200.
- Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan. Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600.
Akhir kata, mari kita hayati ucapan Perdana Menteri di penghujung pembetangan pakej PRIHATIN hari ini....
We are a nation at war with invisible forces. The situation we are now facing is unprecedented in history. And, this government may not be the government that you voted for. But I want all of you to know that this government cares for you. I resigned to the fact that I came in as your Prime Minister not at the best moment. I face political, economic and health crisis all at the same time. This unprecedented situation of course requires unprecedented measures. So, my dear brothers and sisters, and the children of 24 this beloved country, whether you are a Malay, Chinese, Indian, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, orang asal, please bear with me and my friends in the cabinet and the government. We are not perfect, but we are doing the best we can to pull through this crisis together, as one nation. God willing, we will come out stronger when this crisis ends and the dust settles. InsyaAllah.
Post a Comment