Jom Join Contest Jack ‘n Jill Roller Coaster - SEBARKAN KESERONOKAN, SEBARKAN HADIAH!


Jack ‘n Jill Roller Coaster telah melancarkan kempen ‘Jack ‘n Jill Roller Coaster Fun-tastic Day’ sebagai tanda penghargaan kepada semua rakyat Malaysia selaku pemakan snek yang hebat. Selain membolehkan orang ramai menikmati snek gegelang ubi kentang yang rangup ini, tujuan Jack 'n Jill Roller Coaster menganjurkan hari fantastik adalah untuk menyebarkan kegembiraan dan keceriaan kepada seluruh rakyat Malaysia. 


 SEBARKAN KESERONOKAN, SEBARKAN HADIAH!



Idea di sebalik pelancaran ini adalah “SPREAD THE FUN, SPREAD THE GIFTS (SEBARKAN KESERONOKAN, SEBARKAN HADIAH)”, dengan menggalakkan orang ramai untuk sama-sama berkongsi keseronokan yang tiada penghujung. Cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan mengadakan satu sambutan yang bertujuan untuk berseronok semata-mata sambil mengudap gegelang ubi kentang yang berperisa hebat dan enak ini.

Menurut Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapore :-

“Selama ini, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia sebenarnya telah memiliki pengalaman istimewa terhadap Jack ‘n Jill Roller Coaster. Ini kerana caranya dimakan memberikan kenangan manis ketika zaman kanak-kanak. Antara kaedah memakan yang menyeronokkan termasuk menyusun gegelang ubi kentang dengan tinggi sebelum memasukkan sekeping demi sekeping ke dalam mulut. Kini, anda boleh mengulangi keseronokan seperti dulu dengan berkongsi dan makan bersama sahabat anda gegelang ubi kentang yang enak ini,”
“Keseronokan itu bagaimanapun tidak sepatutnya terhenti setakat mengunyah gegelang ubi kentang Jack ‘n Jill Roller Coaster sahaja. Ia harus berterusan ibarat tiada penghujungnya, dan keseronokannya pasti berganda apabila adanya hadiah menanti anda dan sahabat anda. Didorong dengan semangat untuk menyebarkan keseronokan, Jack ‘n Jill Roller Coaster telah memperkenalkan satu peraduan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama merasai keseronokan dan pada masa yang sama berpeluang membawa pulang satu hadiah KEJUTAN khas untuk anda dan sahabat anda.” 








Dalam kehidupan seharian, ada kalanya hanya sedikit keseronokan pun sudah memadai untuk menjadikan hari kita lebih ceria dan rancak. Sementara ganjaran menunggu, ayuh sambut kempen Hari Fantastik ini bersama Jack ‘n Jill Roller Coaster dan menangilah HADIAH MENGEJUT untuk diri dan sahabat anda! 


RANCAKKAN HARI ANDA DENGAN JACK ‘N JILL ROLLER COASTER FUN-TASTIC DAY!




View this post on Instagram

Sempena Women Day ni..dapat hadiah Roller Coaster Bouquet ni pun dah syok kan? Siap dapat pulak dengan bantal empuk, leh peluk time layan movie. Sambil tu kunyah Roller Coaster.. ⁣ TQ team Jack ‘n Jill 🥰 . Suprise ni dapat last week lagi, tapi sebab travel , hari ni baru huda nak share dengan korang pasal contest menarik anjuran Jack 'n Jill. ⁣ ☆ Jom Jadi Lucky Winner Menang Kotak Misteri ☆ ⁣ Jack ‘n Jill Roller Coaster mencari 45 orang bertuah untuk menerima kotak misteri daripada mereka. ⁣ CARA NAK JOIN ⁣ Langkah 1⁣ ⁣ Beli sebarang produk Jack ‘n Jill Roller Coaster dengan nilai RM 5 dan ke atas dalam satu resit.⁣ ⁣ Langkah 2⁣ ⁣ Ambil gambar resit pembelian anda, calonkan seorang sahabat yang anda hendak menangi bersama, jawab soalan yang disediakan dan Whatsapp ke +6011-1081 1878 (slide untuk soalan) ⁣ ⁣ Apa lagi di tunggu! Jom beli Jack ‘n Jill Roller Coaster dan join contest mudah ni sekarang! ⁣ ⁣ #JackNJillRollercoaster #jacknjillrollercoasterfuntasticday #jnjrollercoasterspreadthefunspreadthegift⁣ #CeritaHudaDotCom #KBBA9
A post shared by Huda Halid Malaysian Blogger (@hudahalid) on

Kejutkan sahabat anda dengan hadiah misteri dengan mengikuti DUA langkah mudah seperti di bawah: 

Langkah 1 

Beli sebarang produk Jack ‘n Jill Roller Coaster dengan nilai RM 5 dan ke atas dalam satu resit. 

Langkah 2 

Ambil gambar resit pembelian anda, calonkan seorang sahabat yang anda hendak menangi bersama, jawab soalan yang disediakan dan Whatsapp ke +6011-1081 1878 

Taip <nama> Jarak <No. MyKad> Jarak <Nama sahabat> Jarak <Jawapan> 



KEJUTAN YANG MENYERONOKKAN MENANTI ANDA: 


Seramai 45 pemenang bertuah bersama sahabat yang mereka calonkan akan menerima ganjaran berupa sebuah kotak misteri berdasarkan jawapan yang dihantar. Tunggu apa lagi, dapatkan Jack ‘n Jill Roller Coaster hari ini dan sama-sama kita berseronok! 



Bersempena dengan pelancaran ini, Jack ‘n Jill Roller Coaster juga mengambil kesempatan untuk melahirkan penghargaan kepada beberapa personaliti tanah air seperti Wafiy Ilhan, pelakon dan pengacara TV di atas sumbangannya kepada rakyat Malaysia dengan membawakan keceriaan dan gelak ketawa untuk kita semua. 


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook kami (https://www.facebook.com/urc.rollercoaster/). 



#jacknjillrollercoaster #jacknjillrollercoasterfuntasticday #jnjrollercoasterspreadthefunspreadthegift

Post a Comment

2 Comments

umminani said…
bagus contest ni..tapi jgn makan selalu ..bole rosakkan otak.
ray said…
uwahhh ray dah lama x makan ni