Jom Cuba Minuman terbaharu Coolblog - Cheesy Pinky Berry!





Huda memang pengemar tegar minuman Coolblog dari zaman remaja lagi sampai lah sekarang dah jadi mak orang. Korang dah tahu ke belum sekarang Coolblog ada siri minuman baharu yang berasaskan buah strawberry premium dan digabungkan dengan kebaikan susu segar , keenakan cheese dan juga kesedapan biskut oreo kegemaran semua! Jom kita semarakkan aura merah jambu dengan Coolblog.

Jom Cuba Minuman terbaharu Coolblog - Cheesy Pinky Berry! 


Majlis perasmian siri minuman terbaharu Coolblog yang diberi nama Cheesy Pinky Berry telah  mencipta sejarah kerana buat julung kalinya, perasmian minuman terbaharu Coolblog diadakan secara langsung didalam konti radio yang dihadiri oleh barisan utama penyampai radio SURIA FM seperti Issey, Fizi, Tyzo, Rara dan Suraya. Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Coolblog Cik Win Zakaria, hadir di konti radio SURIA FM untuk secara rasmi memperkenalkan siri minuman terbaharu Coolblog.
Selain itu kemunculan pelakon yang popular dengan watak Lailer didalam drama bersiri ‘Kampung People’ iaitu Riena Diana semasa majlis pelancaran turut menambahkan lagi hangatnya aura merah jambu yang dibawakan oleh Coolblog. 

Menurut Cik Win Zakaria, Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Coolblog 

Kami sangat gembira dan berbangga memperkenalkan Cheesy Pinky Berry sebagai taruhan pertama oleh Coolblog pada tahun ini dan saya yakin siri dan perisa baharu Cheesy Pinky Berry ini akan membawa minuman Coolblog ke peringkat seterusnya dan mendapat sambutan lebih hebat berbanding siri kempen sebelum ini. 
Apa yang menarik pada kempen Cheesy Pinky Berry ini adalah pada strategi kami dalam memberi minuman yang trendy dan terkini bagi tahun 2020 . Bukan mudah untuk kami meyajikan sesuatu yang menepati citarasa semua, tetapi menjadi prinsip utama kami untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk peminat Coolblog dan setelah melakukan beberapa fasa kajian, kami melihat minuman berasaskan buah strawberry bakal menjadi trend yang hangat untuk 2020, maka dengan itu kami dengan bangganya memperkenalkan 3 minuman terbaharu kami yang kami beri nama Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese , Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky. 

Let Coolblog Pink Your World


 Coolblog - Cheesy Pinky Berry didatang dengan bekas minuman unik berbentuk LOVE 💗


Dengan taktik komunikasi – Let Coolblog Pink Your World, mesej utama kempen Cheesy Pinky Berry ini adalah untuk memberitahu umum bahawa Coolblog kini tampil dengan aura dan semangat merah jambu yang penuh semangat yang membara.

Keenakkan rasa strawberi premium yang diadun bersama susu segar, cheese dan oreo juga turut disertakan dengan butiran jeli berbentuk hati pasti menambat tunas rasa setiap pelanggan setia dan penggemar minuman smoothies. 

Harga Coolblog - Cheesy Pinky Berry


Cheesy Pinky Berry dijual pada harga RM8.80 bagi saiz 700ml dan boleh didapati di kesemua 300 cawangan Coolblog seluruh Malaysia. 



Muzik Video Cheesy Pinky Berry 



Bagi menyemarakkankan lagi dunia merah jambu bagi peminat setia Coolblog dan juga penggemar minuman smoothies, Coolblog telah melancarkan muzik video Cheesy Pinky Berry yang dibintangi oleh Riena Diana. Berlatarkan muzik jingle yang comel dan berunsur Korea, muzik video Cheesy Pinky Berry boleh di saksikan di laman sosial rasmi Instagram dan Facebook Coolblog Malaysia. Versi boleh muat turun akan dilancarkan tidak lama lagi dan peminat Coolblog boleh memua turun muzik video Cheesy Pinky Berry kedalam peranti mereka. 



Cabaran Tarian TikTok Cheesy Pinky Berry 


Sempena kempen Cheesy Pinky Berry ini, CoolBlog menganjurkan cabaran tarian melalui aplikasi TikTok yang diberi nama #CPBDanceChallenge. 

Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membeli minuman mana-mana perisa minuman Cheesy Pinky Berry Coolblog, muat naik video tarian menggunakan lagu rasmi Cheesy Pinky Berry dan peserta yang mendapat undian tertinggi akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai. Maklumat lanjut cabaran tarian TikTok Cheesy Pinky Berry akan dikemaskini di laman sesawang dan media sosial rasmi Coolblog. 

Strawberi - Perisa Trend Terkini! 


Selain perisa strawberi menjadi trend terkini, Coolblog memilih strawberi kerana keenakkan stawberi itu apabila diadun dengan bahan-bahan dan perisa ikonik serta berkualiti dari Coolblog, ianya menghasilkan rasa minuman yang amat sedap dan menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia.


Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese – keenakkan strawberry yang diadun dengan keju yang penuh krim.


Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo – Minuman strawberry yang diadun dengan biskut Oreo


Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky - campuran strawberi dan susu segar. 


Pastinya ketiga-tiga siri Cheesy Pinky Berry ini semestinya menambah satu lagi dimensi pada palate rasa pencinta Coolblog! Jom kita cuba dan rasai sendiri keunikan rasa serta keenakan Coolblog - Cheesy Pinky Berry!


Owh ya! Sekarang ni nak minum Coolblog dah tak perlu susah beratur dikaunter yer, jom kita order delivery jer...

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, jom follow Coolblog di sosial media :-
Facebook : https://www.facebook.com/coolblog.my/
Instagram : https://www.instagram.com/coolblogmalaysia/

Post a Comment

3 Comments

Mahamahu said…
Sedapnya warna pink nak try lepas habis berkurung nak nak..
Cik Min said…
Nampak sedap ye semua..hehe sape yg ada tik tok leh try heheh
mek yunie said…
nampak menarik tapi air masam masam ni ada ketika je mek suka. kebanyakkan ketika tidak memilih. kalau nanti terliur boleh singgah mana mana coolblog untuk dapatkan. ada yang paling dekat dengan ofis.