GLIDE LUBRICANTS - Minyak Pelincir Keluaran Bumiputera Kini Berwajah Baru!


Semalam encik suami baru jer servis kereta . Borak-borak tentang minyak yang digunakan. Ada yang mahal ada yang murah, semuanya bergantung pada kualiti. Pada pendapat huda, penting untuk kita  pastikan buat pilihan bijak dalam memilih minyak pelincir yang sesuai serta berkualiti tinggi bagi memastikan dapat memberikan perlindungan optima untuk enjin kereta. 


Baru-baru ini Syarikat Glide Technology Sdn Bhd telah melancarkan dua gred produk barunya iaitu  
;- 
  • MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-16 API SP/SN PLUS 
  • MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-20 API SP/SN PLUS. 



Majlis pelancaran “ The New Glide” telah diadakan di Holiday Inn Glenmarie, Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh CEO Glide Group iaitu Ybhg Dato’Muhazli Bin Muhamad, CEO - Glide Technology Sdn Bhd. 


Glide Technology Sdn Bhd merupakan salah satusyarikat di bawah Glide Group. Syarikat ini ditubuhkan pada 16 Januari 2007, di mana ia memfokuskan pembuatan minyak pelincir di bawah jenama Glide Lubricants. 



Di majlis pelancaran tersebut, Glide Technology Sdn Bhd turut memperkenalkan rekaan botol dan pelekat botol baru untuk kesemua produk yang dikeluarkannya. 


Keistimewaan Produk Baru MaxiGlide BEYOND SAE 0W16  & MaxiGlide BEYOND SAE 0W20



MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 adalah rangkaian terbaru bagi produk Glide Lubricant, di mana ia menekankan ciri-ciri penjimatan penggunaan bahan api dan  mengurangkan pelepasan. 




MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 turut menyediakan ‘coating effect’ daripada penggunaan teknologi Molybdenum untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih efisien. 


Minyak enjin multi gred dengan kelikatan yang rendah juga baik untuk keadaan enjin waktu baru mula dihidupkan supaya enjin berjalan dengan lancar. Sesuai untuk penggunaan enjin daripada kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles (EEV)). Standard API: API SP/SN PLUS (RC) 

Kesemua produk “berwajah baru” yang dilancarkan ini sudah hampir enam tahun menembusi pasaran Jepun. Bersandarkan pengalaman tersebut, Glide Technology Sdn Bhd telah menambah baik formula agar lebih sesuai dipasarkan di Malaysia. 

Melalui kaji selidik serta saringan ujian selama tiga tahun, akhirnya Glide Technology Sdn Bhd, berjaya menghasilkan minyak pelincir berkualiti tinggi bagi memberikan perlindungan maksima serta jangka hayat enjin kenderaan yang tahan lebih lama daripada biasa. 

Di samping itu, ia juga akan menjimatkan penggunaan bahan api serta dengan campuran tambahan 
‘coating effect’ daripada penggunaan teknologi ‘Molybdenum’ untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih efisien. 

Untuk dua gred yang baru dilancarkan ini Glide Technology SdnBhd menumpukan kepada 

pengguna kenderaan baru yang memerlukan performan kenderaan yang terbaik dan kenderaan yang tidak lagi menghantar ke pusatservis yang ditetapkan. 


Harga Produk Baru MaxiGlide BEYOND SAE 0W16  & MaxiGlide BEYOND SAE 0W20


Harga pasaran 
  • MaxiGLIDE BEYOND SAE 0W-16 API SP/SN PLUS  :  RM190.00 
  • MaxiIGLIDE BEYOND SAE 0W-20 API SP/SN PLUS : RM170.00. 

Bagi yang ingin mendapatkanproduk yang baru dilancarkan ini boleh menghubungi pengedar-pengedar sah  Glide diseluruh Malaysia atau hubungi talian khidmat pelanggan dan jualannya di talian 03-78422170 atau email ke admin@glidetechnology.com.my

Post a Comment

16 Comments

Sis Lin said…
Sis kalau bab minyak pelincir memang zero, taunya bawak kete servis aje..hahahaha nanti nak try bagitau Suami, boleh cuba ni..
Sunah Sakura said…
alhamdulillah..produk bumiputera ni, harus support! kalau berkualiti tinggi, harga mahal pun tak apa..yang penting enjin terjaga..
Marina Bashah said…
First time dengar minyak jenama glide ni. Harga dia ok jugak
Aiman Salleh said…
Wahh baru tahu ada produk minyak pelincir keluaran bumiputera ni.. Baguslah, kena support ni, harga pun ok jugak
secantikmanis said…
kita walaupun orang perempuan, mesti kena jugak tahu minyak pelincir yang bagus. terima kasih kongsikan info tentang glide lubricants ni. next service kereta , boleh try
Zaza Azman said…
Ada minyak pelincir baru dari GLide ye...Boleh lah bagitau kat suami untuk cuba nanti.
iena eliena said…
Alhamdulillah produk bumiputera..boleh lah lepas ni servis kereta guna glide
Minyak pelincir ni mmg bagus. Produk tempatan yg boleh pergi lebih jauh
Cik Min said…
1st time dengar jenama ni. Biasa tgk husband pakai primax je selalu hahah ok pasni leh suggest kat dia try ni lak
RAIHANAH AHMAD said…
tahniah semua terutamanya glide. bolehlah di kongsi dengan umum supaya ramai mengetahuinya
Zharif Azis said…
Tak sangka perniagaan minyak pelincir ada dalam kalangan bumiputera. Tahniah Glide Lubricants di atas pelancarannya tempoh hri
Dikbee said…
kite ni tak berapa tau sangat pasal minyak pelincir ni. selalu serah kat adik workshop je. Haa, ni dah tau pasal produk glide ni leh la beli siap2, nanti suh adik tu guna je
Hanny Abdullh said…
Sb kn glide le sis terasa nk belajar pasal minyak hitam n ilmu pasal kerta yg lain. Kalau x selama ni main bawak je kereta..hehehe
Farhana Jafri said…
Fuhh dah lama dah ada dekat pasaran Jepun?! Hebat! Lepas ni nak tukar minyak hitam boleh guna Glide pulak, support keluaran Bumiputra