Tips Parenting | Jadi HERO untuk ANAK



The Arifs memang suka tengok superhero. boleh di katakan diorang ni die-hard-fan untuk MARVEL movies. Dalam movie, sangat pentingkan watak HERO. sebagai penyelamat. Kita sebagai ibu bapa  juga memainkan peranan penting dalam mejayakan watak HERO dalam hidup anak-anak kita.


Tips Parenting | Jadi HERO untuk ANAK



Kita ibu bapa boleh menjadi HERO yang selamatkan mereka dalam menempuh hidup yang penuh liku dengan galakan dan sokongan .

Sokongan emosi yang paling penting! Setiap kali mereka nak bercakap dengan kita.
Kita bagi penuh perhatian dan jawab segala pertanyaan mereka.

Galakan untuk mereka membuat amal kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah dan cintakan Rasullah S.A.W dengan ikuti amalan sunnah. 


JANGAN JADI PENJAHAT! 

Jangan kita menjadi PENJAHAT yang musnahkan hidup mereka dengan kata-kata negatif dan mengongkong hidup mereka dengan paksa mereka dengar apa yang kita mahu sahaja tanpa mendengar apa yang mereka mahu sebenarnya dalam hidup.

Inspirasi tips parenting ini huda ambil dari ceramah parenting yang huda dengar di radio IKIM , time nak ambil anak-anak balik sekolah. Dah umur dewasa sekarang ni, tak minat dah nak dengar lagu-lagu yang melalaikan, huda lebih suka dengar perkongsian ilmu yang bermanfaat. Dan semoga apa yang huda dengar tempoh hari, dan kongsikan dengan pembaca blog huda dapat memberi inspirasi kepada kita untuk menjadi HERO untuk anak-anak kita!

Post a Comment

0 Comments