Staycation pertama huda di tahun 2020 adalah di hotel mesra halal iaitu Grand Bluewave Hotel Shah Alam ( GBWHSA) . Lokasi ini menjadi pilihan huda banyak sebab sebenarnya. Selain dari urusan kerja di sekitar Shah Alam dan Klang minggu lepas, hotel ni menarik perhatian huda kerana mempunyai ciri -ciri mesra muslim dan juga halal. Jom baca lebih lanjut tentang hotel mesra halal ini.
Grand Bluewave Hotel Shah Alam Memperoleh Standard Penarafan Mesra Halal oleh Crescentrating.
GBWHSA sekali lagi memperoleh standard kelayakan Halal luar biasa bagi mengukuhkan lagi ciri-ciri mesra Muslim dari aspek produk makanan dan minuman apabila ia diperakui sebagai Hotel diiktiraf oleh Crescentrating* dan diberi Penarafan Mesra Halal Tertinggi, 7 Crescentrating oleh Crescentrating.
*Crescentrating adalah sebuah syarikat dari Singapura yang berperanan meningkatkan kesedaran industri terhadap pelancongan Halal di seluruh dunia.
Moto Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Taraf Tertinggi Mesra Halal oleh Crescentrating
GBWHSA kini mengalu-alukan semua pengunjung dari seluruh dunia. Meskipun GBWHSA mengambil pendekatan terhadap nilai Halal, namun idea ini di terima baik oleh majoriti masyarakat Malaysia dan juga luar negara seperti warga Jepun, Cina dan India yang merupakan golongan pelanggan utama di GBWHSA.
Menurut Pengurus Hotel , Tuan Haji Mohd Ghazali Sayed Ibrahim
Kebanyakan tetamu kami amat menerima baik konsep Mesra Halal yang kami ketengahkan ini. Selain itu, pengiktirafan OHSAS SR0405 ialah salah satu strategi kami demi memastikan kami dapat memberi kualiti perkhidmatan terbaik untuk tetamu kami supaya mereka berasa puas hati dengan perkhidmatan yang telah di berikan.
Pengalaman Staycation di Grand Blue Wave, Shah Alam
Hotel GBWHSA merupakan hotel 5 bintang yang PERTAMA di Asia Tenggara Terakreditasi dengan penafaran Mesra Halal Tertinggi. Maka mestilah expectation huda juga tinggi dengan perkhidmatan di hotel ni. Alhamdulillah, sepanjang staycation 2 hari 1 malam di sini, huda sangat berpuas hati dengan kemudahan dan layanan staff di sini.
Urusan check in bilik yang cepat dan lancar. Sejuk jer mata tengok staff kat sini manis bertudung.
Selepas huda selesai urusan check in di reception, sebelum naik ke bilik singgah Borak-Borak Lounge, nikmati Welcome Drink - Jus epal hijau dan oren yang sedap!
Seterusnya naik ke tingkat 18 - Bluewave Club Floor. Menariknya Club floor ni dilengkapi dengan Club Lounge yang khusus di sediakan untuk memenuhi keperluan tetamu yang terdiri daripada ahli perniagaan.
Selain itu , bilik di aras Bluewave Club tema biru! I Like!! Warna favourite huda.
Kemudahan yang terdapat dalam bilik - Cerek elektrik dan kelengkapan buat air kopi/teh. Selain itu ada juga mini fridge.
Meja dan cermin wajib ada kan? Mudah nak buat kerja dan juga untuk huda bersiap.
Bilik air - lengkap dengan bath tub dan juga ada ruang shower berasingan. Suka ada cermin besar dan panjang dari hujung rambut sampai hujung kaki boleh tengok. hehe..
Selain itu dalam bilik hotel ni juga dilengkapi dengan safe box, iron dan ironing board dan juga sejadah untuk solat. Alhamdulilah, ni yang best stay di hotel mesra muslim.
Kemudahan lain yang huda sempat teroka di sini adalah Gym dan kolam renang indoor di aras 4. Di sini juga ada kids room.
Owh ya, hotel ni kan Mesra Halal kan? Maka inisiatif pihak hotel adalah menjadikan kolam renang ni, kolam renang tertutup dan waktu tertentu di tetapkan khusus untuk kegunaan wanita sahaja. Bagus kan??
Makan-makan di Royale Songket Restaurant
GBWHSA selain diiktiraf dan di beri penarafan Mesra Halal Tertinggi ia juga diiktiraf HALAL, JAKIM. Jadi memang seronok sangat staycation di sini sebab dapat makan-makan dengan yakin dan tanpa was-was. Huda telah menikmati pelbagai jenis tawaran buffet di sini, antara nya :-✅ 4 in 1 Buffet Dinner
✅ Breakfast di Royale Songket Restaurant
✅ Hi-Tea di Royale Songket Restaurant.
- Japanese cuisines,
- Malaysian Delights,
- BBQ & Grill
- Italian dishes
Antara menu yang menarik yang huda makan di 4 in 1 Buffet Dinner. Pelbagai jenis salad dan juga desert yang sedap-sedap. Terayaki beef, lamb dan chicken dan juga lamb grill dan chicken grill menjadi pilihan huda makan di sini.
Pada keesokan paginya , Breakfast Buffet pula. Kali ni makan bersama family kakak yang juga menginap di GBWHSA.
Antara menu breakfast huda di sini. Secawan kopi panas, pelbagai jenis roti , buah-buahan dan sayuran. Banyak sangat pilihan breakfast di sini tau sebenar nya antaranya nasi lemak, bubur, spagetti, mee goreng dan macam-macam lagi.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi Telepemasaran di talian 03-55111833 sambungan. 2723, 2724, 2606 atau hantarkan email ke telemarketing@bluewavehotels.com.
Layari www.bluewavehotels.com untuk tempahan dan juga promosi terkini.
Follow media sosial :-
Facebook : https://www.facebook.com/grandbluewave/
Instagram : https://www.instagram.com/grandbluewave_shahalam/
Antara menu breakfast huda di sini. Secawan kopi panas, pelbagai jenis roti , buah-buahan dan sayuran. Banyak sangat pilihan breakfast di sini tau sebenar nya antaranya nasi lemak, bubur, spagetti, mee goreng dan macam-macam lagi.
Selepas huda check out bilik di reception, sebelum pulang huda sempat menikmati Weekend Hi- Tea Buffet di sini.
Banyak sangat menu best di Hi Tea Buffet ni tau. Rambang mata sangat nak pilih makanan apa. Antara menu makanan yang huda makan di sini adalah bubur nangka, rojak buah, mee bandung, satay dan juga pelbagai desert pencuci mulut.
Pengalaman yang tak dapat di lupakan staycation huda yang pertama di tahun 2020 ini, sebab hotel ni ada kelas tersendiri. Hotel ini juga merupakan hotel 5 bintang yang PERTAMA di Asia Tenggara Terakreditasi dengan penafaran Mesra Halal Tertinggi. Jadi huda sangat rekemen korang juga bawa family staycation di sini.
Layari www.bluewavehotels.com untuk tempahan dan juga promosi terkini.
Follow media sosial :-
Facebook : https://www.facebook.com/grandbluewave/
Instagram : https://www.instagram.com/grandbluewave_shahalam/
17 Comments
Kalau tak boleh gak terjah ke sini..besar nampak mewah kan hotelnya...