Resepi Sambal Bilis Petai



Musim petai dah bermula. Sana sini orang jual petai di pasar tani. Sekali tengok , boleh abaikan..dah berkali-kali tengok terus rasa, haish..kena gak beli ni! Maka dah terbeli petai, dalam fikiran ada satu jer menu yang huda nak masak iaitu sambal bilis petai!

Okay, sebelum huda share resepi sambal bilis petai ni, korang tahu tak khasiat petai?



Petai ni tinggi dengan kandungan Vitamin C tau! Jadi meh la kita makan petai untuk kuatkan imun sistem.hehe.. Selain itu ada juga Vitamin A yang bagus untuk kesihatan mata, jantung dan juga kulit. Eh, makan petai untuk cantik pun boleh! Petai juga tinggi dengan Kalium dan juga Kalsium! So kita makan petai ni overall memang bagus sangat untuk kesihatan. Jadi boleh la makan petai dengan bahagia yer walau kesan sampingan yer agak  kurang enak.

Resepi Sambal Bilis Petai



Bahan-bahan :- 

1 mangkuk lada kering yang sudah di kisar halus

1 mangkuk ikan bilis
1 labu bawang besar
1 keping asam keping
3 ulas bawang putih 
sedikit halia
Petai



Kupas petai dan asingkan dari kulit. 

Cara-cara :- 

Kisar halus bawang besar, bawang putih dan halia

Kemudian tumiskan sehingga naik bau
kemudian masukkan lada kisar dan biarkan sehingga pecah minyak
Masukkan 1 1/2 sudu gula
Masukkan asam keping dan sedikit air.
Masukkan ikan bilis dan biarkan mendidih seketika. 
Tutup api dan masukkan petai.

Sedia untuk di hidang dan di makan bersama naik panas-panas! 





Post a Comment

2 Comments

Ibu Syurga said…
Assalamualaikum Wrmbth Sis Huda. Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.
Umi Nazrah said…
all time favorite ni. tapi anak2 tak suka. jadi masak untuk makan dengan suami ja la. haha