Minggu lepas jalan-jalan cuti di sekitar Klang Shah Alam dan cari kedai makan apa yang best untuk dinner. Terasa nak makan steamboat dan grill. Teringat pula ada cawangan terbaru Al-Fateh Steamboat dan Grill di Bukit Raja, Klang. Apa lagi, lepas solat maghrib di homestay terus pecut ke sana.
Dinner di Al Fateh Steamboat & Grill Bukit Raja | Puas hati dan Sedap Sangat!
Lokasi Al - Fateh Steamboat dan Grill korang boleh rujuk kat Google Maps di bawah ni yer. Huda datang sini pun memang follow map ni :-
Sebelum ni pernah makan di Al Fateh Steamboat & Grill di Kg Jawa, masa family holiday di Shah Alam. Jadi kali ni ke Shah Alam , nak repeat makan di Al Fateh Steamboat sebab teringat-ingat time makan dulu. Kali ni try makan di branch yang baru pula di Bukit Raja.
Banyak sangat pilihan menu utama di sini antaranya :-
🔹Nasi Goreng
🔹 Mee Goreng
🔹 Kew teow Goreng
🔹 Spagetti Bolognaise
Menu utama semua sedap dengan isi penuh dengan udang, ayam dan macam2 lagi.
Spagetti ni pun nampak sedap kan?
Makan Steamboat Sampai Puas!
Mewah betul pilihan.
🔹 Pelbagai jenis bahan steamboat ( bebola ikan, udang, ketam dan lain-lain.)
🔹 Pelbagai pilihan seafood segar
🔹 Lamb , Beef dan Chicken yang diperap
Masa tengah syok main masak-masak ni, si adik hakim bersuara... Kenapa kita kena masak sendiri. Takde tukang masak ke kat belakang untuk masakkan makanan kita?..
Hehe... nampak sangat dah lama sangat kan kita tak pergi makan steamboat, sampai adik pun lupa last kita makan dan main masak-masak gini.. Hehe...
Banyak pilihan, tapi kena beringat ambil jangan berlebihan, kalau tak habis kena bayar tau!
Yeay, dah siap masak, jom kita makan panas-panas.
Lamb Grill & Beef Grill - Sedap makan cicah dengan sos dan makan bersama salad.
Pilihan air pun ada macam-macam tau. The Arifs paling suka minum air laici kat sini. Minuman panas pun ada di sini. Huda jer tak sempat nak cuba hari tu.
Lepas makan tak di lupa untuk menjamah pencuci mulut. Pilihan hati mestilah all time favourite desert bubur jagung , kemudian makan ice cream, serta buah-buahan.
Memang best makan sini, dan port terbaik untuk gathering dengan kawan2 dan keluarga sebab luas dan selesa. Masa kitorang dinner, memang banyak lah orang buat gathering makan-makan dan ada juga yang sambut birthday di sini.
Harga Al-Fateh Steamboat & Grill Bukit Raja
Harga pun berbaloi tau. Boleh rujuk gambar di bawah :-
Cawangan Al Fateh Steamboat & Grill
- Seksyen 7 Shah Alam
Alamat : No 41 jalan kristal K 7/K seksyen 7, 40000 Shah Alam, Malaysia
FB Page : https://www.facebook.com/alfatehsekyen7/ - Bukit Raja
Alamat : No 6 Jalan Astaka 4B/KU2 Bandar Bukit Raja, 41050 Klang
FB Page : https://www.facebook.com/alfatehbukitraja/ - Kampung Jawa
Alamat : Kawasan 1, Lorong Raja Jumaat, Kampung Jawa, 41000 Klang, Selangor
FB Page : https://www.facebook.com/restoranalfateh/
InshaAllah, next time kitorang jalan-jalan area Klang dan Shah Alam pasti repeat makan kat sini lagi! Overall memang puas hati dan dan tertunai craving nak makan steamboat yang sedap di sini. Alhamdulillah. Kenyang perut senang hati 😃
15 Comments
sakit kepala
buah pinggang
tanda-tanda sakit buah pinggang
slip dics