Bahaya Pakai Bengkung Untuk Kurus Ramping



Nature orang perempuan ni, kalau boleh nak nampak cantik jer selalu kan? Termasuklah nak dapat body figure macam model, pinggang ramping macam kerengga orang cakap. Banyak pula sekarang orang jual bengkung ni. Baru ni ada sorang retis ni pun jual bengkung. Haish, pelik orang boleh pakai bengkung ni lama-lama tau, huda guna time pantang pun seksa!



Jenis-jenis Bengkung :- 



  • Bengkung abdomen ( Membaluti keliling abdomen / Perut
  •  Bengkung Penuh ( Chest to Hips )
    •  membaluti dari paras Dada hingga pinggul .( Lebih merbahaya)

Tujuan Penggunaan Bengkung


1) Selepas BERSALIN ( Post delivery )
selalunya lepas bersalin , Bukan apa tujuannya untuk put on pressure pada rahim yang sedang mengecut .Bengkung ini digunakan hanya pada had masa yang tertentu sahaja . Bila rahim dah sepenuhnya mengecut , Tak ada lagi pendarahan . Bengkung dah tak perlu sebenarnya..

2) Immbobilisation of Back
Terutama sekali yang ada kecederaan tulang belakang , Untuk mengelakkan “ friction “ geseran tulang belakang .

Tapi zaman sekarang ni , Penggunaanya telah disalah guna oleh beberapa pihak . Pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan menjual HARAPAN ...Overclaim pulak tu
Boleh kurus , Boleh ramping ..







Bahaya Pakai Bengkung Untuk Kurus Ramping 


1- GERD - Gastroesophageal Reflux disease

Bengkung akan membuatkan , Organ perut dan paru paru , tertolak ke atas , Disebabkan tekanan yang tinggi.

bila perut kau dah tertolak ke atas , Injap penutup perut akan terbuka disebabkan paksaan tadi , Jus asid perut mula melimpah semula ke Esofagus ( Salur makanan ) Dan akan menyebab kan GERD ( Gastroesophageal Reflux Disease ) Simptom dia sama macam orang yang kena Serangan Pedih Ulu hati ...

2- Dyspnoea ( Shortness of Breathing ) Susah bernafas .

Bengkung juga akan Push Paru paru inferior kau ke atas , Tahukah korang , kita bernafas menggunakan otot Diaphragma ? Dan ruang diafragma ini diperlukan oleh paru paru untuk mengembang lebih baik ..

Tapi kalau kau balut perut kau dengan bengkung , Dan pakai setiap hari ..

Bayangkan ... Ruang diaphragma menjadi makin sempit , Otot diafragma tak dapat bantu paru paru untuk bernafas disebabkan tekanan dari bengkung yang telah menyebabkan kenaikkan tekanan abdomen “ Intraabdominal pressure “

dan sekali gus menyebabkan paru paru korang semua tak dapat berkembang dengan lebih baik .

3- Brain Hypoxia .

Disebabkan itu , Makin kurang lah kemasukan oksigen dalam badan , Bila oksigen sampai ke otak dengan jumlah yang minima..

Akhirnya , kau mula jadi cepat letih , Cepat mengantuk .. Dan seharian produktiviti hidup kau akan berkurangan ...

4 - Cardiac pressure

Bila paru paru kau pun dah tertolak ke atas , Maka paru paru kau tadi mula mencengkam Jantung . Jatung kau pula yang stress , Dah lah nak kena pam darah lagi , Tapi dok kena himpit pulak dengan paru paru ..



DARAH BEKU

Mungkin ada antara kita yang tak tahu jika ada masalah “ Koagulasi “ Darah .
Bila ruangan dalam abdomen makin sempit , Secara logik nya salur darah yang kecil semuanya akan tersekat , Sekatan laluan itu akan menyebabkan Darah anda muka bergumpal , Dan mudah menjadi thrombus ...

Bayangkan kalau darah beku tadi , tersekat di salur darah paru paru ?

Pastinya mengundang

PULMONARY EMBOLISM

keadaan ini adalah Emergency ,
Aku berani potong jari , 100% pesakit yang kena pulmonary embolism , 60-70% yang akan menempah keranda untuk dikebumikan .

Selain dari itu ..,

5- Emotional Stress
6- Intraabdominal Muscle stress
7- Intraabdominal Swelling ( Bengkak)


Bacaan lanjut

Kredit Artikel Asal : Dr Yazeed Hair Johari

4 comments:

  1. I was privileged to read your post. and I left a comment. so great to meet you. I’m “following” you. I hope you have a great weekend.

    ReplyDelete
  2. Banyak bahaya pakai bekung rupanya. Ramai yg masih tak tahu ni.

    ReplyDelete
  3. huaaa..takut dengan kesannya, pernah beli yang mur2 jer, memang terasa susah nak bernafas...lepas tu tak der pakai dah...huhu...pakai untuk bersalin je la nanti ni

    ReplyDelete
  4. adoi takut lah dengan kesan pakai bengkung tu -_-

    ReplyDelete