5 Tips dan Cara Mengawal Marah



Kita manusia biasa yang lemah. Ada sahaja perkara atau situasi yang menyebabkan api kemarahan dalam diri kita. Namun, sebagai seorang yang beragama Islam yang beriman, kita harus ada satu pegangan dan panduan bagaimana kita harus bertindak ketika nafsu marah mula terbit di dalam diri kita. Jangan biarkan syaitan terus membisik hasutan yang kelak kita sendiri akan menyesal kerana terlalu ikutkan nafsu marah kita. 



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ
Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda:
 “Bukanlah orang yang kuat itu yang pandai bergusti, tapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan nafsunya ketika ia marah.” 




Pengajaran dari hadis di atas :-

1. Mukmin yang kuat lebih disukai Allah daripada mukmin yang lemah.
2. Kekuatan seseorang bukan terletak pada fizikalnya
3. Orang yang kuat adalah yang berjaya mengawal nafsu menahan marah
4. Orang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikiran, hilang pertimbangan, lidahnya akan memaki hamun dan anggotanya mungkin bertindak diluar kawalan.
5. Kekuatan mukmin bukan terletak kepada kemenangan semasa berkelahi tetapi kemampuan menguasai emosi di saat ia sedang marah.
6. Latihlah diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut dan pemaaf. Kawal dan kuasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah.

5 Tips dan Cara Mengawal Marah 

Huda nak kongsi ilmu tentang tips dan cara mengawal marah daripada ceramah yang huda dengar di radio IKIM tempoh hari . Boleh buat satu demi satu, cara yang pertama rasa marah masih belum kurang, teruskan follow sehingga cara yang ke lima. 


  1. Ubah posisi dari diri kepada duduk.
  2. Ubah dari posisi duduk ke baring
  3. Kemudian padamkan api kemarahan dengan wuduk.
  4. Legakan lagi dengan mandi.
  5. Kemudian solat dan doa.
Semoga perkongsian hari ni memberi manfaat kepada kita. Sama-sama kita menjadi muslim yang penyabar dan kuat! 

Post a Comment

1 Comments

Izyan Balqis said…
huhu...kadang tewas dengan perasaan sendri, bila dah termarah, rasa menyesal dalam diri..sobs