Tragedi Setiap 100 Tahun, Suratan Atau Kebetulan??



Tragedi  Setiap 100 Tahun, Suratan Atau Kebetulan??| Awal tahun 2020 ini kita digemparkan dengan virus n-Cov yang menjadi ancaman virus pandemik yang menular ke banyak negara termasuklah ke Malaysia! Disebalik kekecohan dan penularan pelbagai berita tentang virus ni, huda terjumpa satu perkongsian yang menarik tentang wabak yang berlaku setiap 100 tahun. 

Tahun 1720

 The Great Plague of Marseille


Pada tahun 1720, dunia diperlihatkan dengan penularan wabak The Great Plague of Marseille yang membunuh kira-kira 100 ribu orang di Marseille, Perancis. Penyakit ini disebarkan melalui lalat yang membawa bakteria penyebab penyakit ini.


Tahun 1820 

Pada tahun 1820 pula, dunia diperlihatkan dengan penyebaran penyakit kolera ke negara-negara Asia seperti Filipina, Thailand dan Indonesia (ketika itu disebut sebagai wilayah Hindia Timur Belanda). Wabak ini dikenalpasti berpunca daripada air di kawasan-kawasan tasik yang tercemar. Penyakit ini telah menyebabkan kira-kira 100 ribu orang terkorban ketika itu.

Tahun 1920


Pada tahun 1920 pula berlaku penularan wabak Spanish Flu. Penyakit ini dicatatkan sebagai penyakit yang paling berbahaya dalam sejarah berikutan angka kematian yang mencapai 100 juta orang disebabkan penyakit itu. Kira-kira 500 juta orang telah dijangkiti oleh Spanish Flu ketika itu.


Tahun 2020


Pada tahun 2020,  penyebaran wabak Coronavirus yang bermula di wilayah Wuhan, China dengan keupayaan untuk menyerang sistem pernafasan manusia.
Adakah sejarah penyakit ini akan terus berulang setiap 100 tahun atau ini hanya kebetulan? Wallahua’lam!

 Apa yang kita boleh lakukan ialah mengambil berat tentang kesihatan kita dengan mengikuti langkah berjaga-jaga yang dikeluarkan oleh pihak kementerian, selain memanjatkan doa agar negara dan semua rakyat Malaysia dilindungi daripada bencana dan wabak penyakit. Amin....


Post a Comment

1 Comments

Fiza Aizzawa said…
Semoga kita semua dijauhkan daripada sebarang penyakit yang merbahaya.. amin