Sedap yer Satay Willy Kuala Terengganu ni, sama macam makan di Sg. Ramal, Kajang!

Minggu lepas, lepas solat maghrib di masjid suami nak belanja makan di luar. Kami semua takdelah lapar sangat, jadi cari menu dinner yang tak berat sangat. Huda teringat ada ternampak post di facebook tentang cawangan Willy Satay  yang terbaru di Kuala Terengganu. Jadi dari masjid kami terus gerak ke Willy Satay Kuala Terengganu


Sedap yer Willy Satay  Kuala Terengganu ni, sama macam makan di Sg. Ramal, Kajang!

Teringat dulu zaman hidup berdua jer dengan encik suami di Kajang, lebih kurang 1-2 tahun jugak kot kami tinggal di Kajang. Port favourite kami makan satay adalah  Willy Satay. Rasa satay yer memang sedap lain dari yang lain tau!

Jadi adakah sama rasa Willy Satay Kuala Terengganu dengan Willy Satay yang kami pernah makan dulu?





Alhamdulillah, memang sama! Sama sedap macam dulu. Kami suami isteri makan, sambil throwback kenangan kami zaman muda-muda dulu, dalam 10 tahun lepas masa hidup berdua jer.

Haish, time menaip ni pun dok teringat kesedapan Willy satay ni. The Arifs pun suka sangat makan satay ni.
Wajib repeat lagi makan kat sini, walau harganya agak mahal , RM 1.20 secucuk. Namun saiz yang besar dan sedap, jadi sangat-sangat berbaloi! Yeah, dah jumpe port kami lepak anak beranak makan satay sedap di Terengganu!



Satay Willy Kuala Terengganu

Lokasi : Hadapan homestay Tido-Tido Kampung Duyung Seberang Takir
Waktu operasi : 4ptg - 12mlm
Cuti : setiap Rabu

Untuk tempahan pantas boleh tekan link bawah ni

www.wasap.my/601110518456/nakordersatay

Follow Facebook Willy Satay Terengganu untuk maklumat lanjut dan promosi terkini. 

Post a Comment

0 Comments