Muhasabah Diri Jumaat Pertama di Tahun 2020 - Hidup Dunia Hanya Sementara

Teringat kelmarin dengar radio Ikim time ambil anak-anak balik sekolah. Satu pesanan yang cukup ringkas tapi sangat terkesan dalam hati. Hidup ni ibarat TRANSIT di R&R. Ambil sekadar perlu sahaja bila di R&R dan walau secantik dan sehebat mana R&R kita hanya singgah sahaja dan kita akan terus ke destinasi yang sebenar.



“Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia).”
Surah Yunus : 45

Dari ayat di atas, Allah telah berfirman dan ingatkan kita, hidup dunia hanya SESAAT.
Jadi mari kita muhasabah, apa yang kita lakukan hari ni, adakah untuk dunia semata-mata atau kita berusaha memperbanyakkan bekalan untuk ke akhirat yang kekal abadi.

Ingat tak beberapa hari sebelum 2020, kita dapat saksikan salah satu tanda kiamat iaitu GERHANA MATAHARI.




Dunia semakin tenat, fitnah dunia semakin menjadi-jadi. Manusia lebih pentingkan dunia. Manusia makin hilang kemanusiaan...Akhirat dilupakan kerana lalai nikmat dunia.

Huda selalu ingatkan diri dengan firman Allah dalam surah Al-Asr

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.



Post a Comment

1 Comments

Izyan Balqis said…
dunia ini memang sementara, bila semua ni nak berakhir pun kita tak akan tahu...yg perlu hanya bersedia..