Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu & Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020 Peringkat Negeri Terengganu


Hai! Selamat tahun baharu dan sama-sama kita buka buku baru, muka surat pertama untuk 366 hari di tahun 2020. Di hari pertama tahun 2020 ni, huda nak kongsi pengalaman huda semalam pertama kali hadiri majlis yang meriah sempena sambut ambang tahun baru dan juga Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020 peringkat negeri Terengganu.


Huda sangat teruja sebab dapat meriahkan Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu & Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020 Peringkat Negeri Terengganu ini telah berlansung di Duyong Convention Center,  Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.


Meriah sambutan tahun baharu yang paling istimewa hanya di Kuala Terengganu. Background majlis adalah jambatan ikonik Terengganu Drawbridge.

Terengganu Drawbridge menerima pengunjung yang amat memberangsangkan sehingga mencatat kedatangan pengunjung secara purata lebih 2,000 orang sehari. (3 hari terakhir tahun 2019 lebih 3,000 pengunjung sehari)

Majlis dimulakan dengan  Ucapan Aluan oleh YB. Ustaz Ariffin bin Deraman Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu

Antara perkara penting yang di kongsikan oleh beliau adalah tentang strategi Promosi Pelancongan diperingkat Domestik Roadshow Daerah-daerah & Negeri-negeri dan juga di peringkat Antarabangsa iaitu ITB Berlin dan ATM Dubai. Selain itu, Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu akan memfokuskan kepada pasaran pelancong yang kian meningkat di Malaysia iaitu China, India dan Timur Tengah.


Di tahun 2019 , antara pencapaian yang amat membanggakan adalah peningkatan kedatangan pelancong ke negeri Terengganu sebanyak 9.8% untuk Januari sehingga September 2019 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2018. Perkhidmatan aktiviti Taman Tamadun Islam (TTI) River Cruise memperoleh peningkatan sebanyak 18% pada suku tahun ketiga dan keempat tahun 2019 dibandingkan tahun 2018.

Anugerah yang diterima tahun 2019:
a) Malaysia Tourism Council Gold Awards
 i. Best New Tourism Icon (Terengganu Drawbridge)
ii. Best Tourism Program (Candat Sotong)
iii. Best 4 Star Resort (Mimpi Perhentian)

b) World Top Tourism Awards
 i. Anugerah Top Beach Resort in Malaysia (Summer Bay Lang Tengah Beach Resort)

Selain itu,  pakej – pakej pelancongan yang baharu akan diwujudkan untuk memenuhi pasaran dan antara fokus pakej yang akan dibangunkan adalah Pakej Pelancongan Mesra Muslim.

Buat julung kalinya sejak Tahun Melawat Malaysia 1994, Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu akan menganjurkan Anugerah Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu. Pakej Anugerah ini mempunyai 13 kategori yang dipertandingkan dengan sejumlah 31 anugerah penghargaan yang akan disampaikan. Tarikh tutup pencalonan adalah pada 10 Januari 2019. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.



Seterusnya , Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu  menyampaikan ucapan Pelancaran Tahun Baru 2020 bagi pihak Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu

Kemeriahan majlis malam semalam di teruskan dengan pelancaran CoE 2020
(Calendar of Event 2020). Penuh 12 bulan dengan aktiviti menarik!



Terdapat 26 acara utama yang akan bakal berlangsung pada tahun 2020
1. Gathering of Young “Pendikir”
2. TSG Shimand Fellowship Ride
3. Terengganu Bike Week
4. “Candat Sotong” Carnival
5. Terengganu International Paragliding Tournament
6. Berang Rivers Kayak & Fishing Expedition
7. Drawbridge “Kolek” Festival
8. Madinah Ramadhan
9. Beautiful Terengganu “Pelita Raya” Competition
10. Turtle Conservation & Preservation Campaign
11. Setiu Wetlands Festival
12. Terengganu International CFA Cat Show
13. Kenyir Festival
14. Terengganu International Islamic Tourism Conference & EXPO
15. Terengganu Open Gamelan Music Competition
16. Terengganu Peranakan Festival
17. Sound & Taste of Terengganu
18. Terengganu Beach Carnival
19. Sultan Mahmud Bridge International Run
20. Terengganu Tenggiri Challenge
21. Terengganu Mosque Carnival
22. Sultan Mizan Cup
23. Perhentian Island Challenge
24. Kemaman International Motorcross Challenge
25. Terengganu MonsoonChallenge
26. ASEAN Monsoon Casting Tournament
Penyerahan COE 2020 kepada agensi & NGO

Seterusnya majlis semakin meriah dengan kemunculan  Ikon Terengganu iaitu
 1) Johan Tilawah Al-Quran
2) Pasukan Ragbi
3) Pasukan Hoki Terengganu
4) Pasukan Bola Sepak Terengganu
5) Pasukan Basikal TSG
 6) Apex Mentor Millenia


Apex menghiburkan dengan tetamu dengan menyanyikan lagu Terengganu

Kemudian, acara kemuncak dengan Gimik Grand Launch VM2020 Peringkat Negeri Terengganu tepat pada 12 tengah malam 1 Januari 2020.

Dalam kita gembira dan teruja masuk tahun baharu 2020, sama-sama kita cari keberkatan dengan mengingati Allah. Maka acara seterusnya adalah menyebut 99 nama Allah SWT.






Penutup majlis yang bermakna semalam dengan bacaan doa dari Imam Masjid Sultan Abidin, Kuala Terengganu

Last but not least... Kami semua wakil media sosial negeri Terengganu bergambar bersama-sama

Barisan influencer Terengganu dan pengiat media sosial bergambar bersama dengan Pengarah Tourism (baju purple melayu), Pengarah Promosi Tourism (En.Fathil) , Exco pelancongan (Ustaz Ariffin (baju melayu krim) dan PSU Pelancongan (kanan sekali baju putih).

Semoga pertemuan kami semua untuk kali pertama ini menjadi titik permulaan untuk kolaborasi yang berterusan dalam mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020. InshaAllah...

Post a Comment

14 Comments

Airah Syahirah said…
Seronoknya dapat join kemeriahan tahun baru. Airah tengok bunga api dari rumah je
Fadzi Razak said…
Best pulak bila baca event event yang akan berlangsung tu. If only la saya dapat join dan tengok sendiri depan depan, mesti best
Bella Jamal said…
Dah lama tak sambut new year atau ke ambang malam tahu baru. Menarik juga ya acara yang akan dibuat sepanjang tahun 2020 nanti. Boleh promosi Malaysia utk Kempen Melawat Malaysia kan.
adlinatasya said…
meriahnyaaa, saya di KL hanya tengok di TV sebab jalan sesak sangat malam tu.
Hanny Abdullh said…
Best dn seronok dpt join event yg meriah mcm ni. Sis tahun baru dh lama dh tak kemana mana..tgok tv je kat rumah..:)
Mimie said…
Best dan seronoknya dapat join event meriah macam ni kan. Nak bak sambung ambang tahun baru.
RAIHANAH AHMAD said…
bestnya dapat join acara macam ni. selamat tahun baru semua di Tganu!
Eswati azni said…
bestlah... baguih huda planning untuk tahun 2020 ni.. kalau ada yang menarik nanti boleh pilih tarikh yang hampir dekat jugak
Aerill Hassan said…
seronoknya acara macam ni. penuh denagn pengisian. saya hari tu malam tahun baru lepak dengan kawan2 je. haha
nikkhazami said…
menarik betul majlis ambang tahun 2020 kat tempat orng. kat kelantan ni je yang hambar. adoiii
messarah said…
dulu terengganu dah jadi rumah kedua sarah sebab study kat sana hihi. this year banyak jugak event ye boleh lah ke sana lagi
Wawa Ashihara said…
Meriah juga kan majlis cmni sempena tahun baru... Siap ada aktivit yg sesuai lagi... Saya tak berkesempatan lagi nak pi tempat2 cmni bila nk smbut thun baru
Michael Smith said…
With compelling SEO content on your site, half of your web index rank improvement work is finished. blog comments service in 1$
Bonda Chanteq said…
Tahun ni tahun vmy 2020...mmg semua sektor pelancongan gigih bwt promosi produk2 pwlancongan...semoga berjaya