FUJIFILM X-Pro 3, X-T3, X-T30 Photowalk


Pada Jumaat lepas huda dan suami luangkan masa event anjuran Fujifilm Malaysia - FUJIFILM X-Pro 3, X-T3, X-T30 Photowalk. Ini merupakan pengalaman pertama huda turut serta dalam event touch try model-model kamera keluaran Fujifilm. Fujifilm adalah brand kamera yang huda minat dan huda sendiri sudah miliki sebuah kamera fujifilm. Di event ni huda berpeluang mencuba sendiri model yang lebih canggih dan sofistikated.



Event FUJIFILM X-Pro 3, X-T3, X-T30 Photowalk ini telah berlangsung di TH Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu. Seawal 9 pagi huda dan suami sudah jejakkan kaki ke sini untuk pendaftaran dan juga memilih model dan juga lense yang sesuai. Honestly, huda memang tak reti sangat bab ni, huda minta tolong dan nasihat photographer hebat yang huda kenal dari event tourism tempoh hari.




Tepat jam 9.30 pagi, speaker untuk event ini iaitu Raja Kamal, X-Photographer Fujifilm memulakan sesi perkongsian ilmu tentang asas mengendalikan kamera Fujifilm. Ada pelbagai kelebihan dan button yang berbeza yang user-friendly menjadi kamera Fujifilm ini antara kamera terbaik .



Kemudian Raja Kamal berkongsi gambar-gambar yang cantik yang di ambil ketika photography trip di Semporna Sabah. 


Acara seterusnya, kami semua diberi peluang dan kebebasan untuk mencuba kamera dengan ambil gambar di luar perkarangan hotel TH. Turut hadir "model" - Pok Man Ibai yang memain alat muzik tradisional .





Boleh tahan berat juga kamera fujifilm yang huda gunakan ni berbanding kamera fujifilm yang huda beli tahun lepas. Yer la, kamera X series yang Pro kan, mesti lah hardware dalam kamera ni lebih canggih dengan fungsi yang lebih baik untuk menghasilkan gambar dengan lebih details.




Terima kasih Fujifilm Malaysia anjurkan event FUJIFILM X-Pro 3, X-T3, X-T30 Photowalk. InshaAllah kalau ada peluang dan rezeki next time huda dan suami akan join lagi!


Post a Comment

0 Comments