Cara Transfer Cash Back dari Shop Back Ke Akaun Boost


Huda ni ada masa yer teringat nak klik pautan online store dari apps Shop Back untuk dapatkan cash back. Tahun lepas rasa hanya beberapa kali jer kot sebelum shopping kat Lazada dan booking hotel di Agoda huda masuk dahulu apps Shop Back dan klik pautan dalam apps sebelum membuat pembelian dan tempahan hotel. Hujung tahun lepas tergerak hati nak check jumlah cash back yang ada dalam akaun Shop Back. Alhamdulillah, ada lah sikit dan lepas untuk cash out!


Ada pilihan nak cash out transfer ke bank atau ke e-wallet Boost. Huda pilih transfer ke e-wallet Boost sebab sekarang lebih prefer shopping barang rumah guna e-wallet jer berbanding cash.
Maka, entry kali ni huda nak kongsi tentang :-

Cara Transfer Cash Back dari Shop Back Ke Akaun Boost


1) Buka apps Shop Back dan klik pada icon berikut





2) Kemudian klik "Withdraw Cash Back"



3) Kemudian klik pada "E-Wallet"  dan klik "+ Add an account"



4) Masukkan no telefon yang anda daftar untuk Boost


5) Check emel untuk verify transaction



6) Tunggu dalam 3 -5 hari bekerja, dan check akaun Boost untuk cek duit dah masuk



Walau pun nilai cash back ni takde lah banyak mana, tapi kira okay lah, shopping online ada juga duit masuk semula, takdelah semua lebur.. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dan mana tahu saat hujung-hujung tahun depan nak guna duit, ada juga duit sikit dalam akaun Shop Back ni.


Yeay, cash back dari Shop Back dah masuk dalam akaun Boost! Dah selamat huda shopping barang kat kedai ECO..hehe.. dengan cash back RM 17 ni, lepas beli 8 barang kat kedai ECO, kira okay lah tu. berbaloi kan, dari tak dapat apa2 betul tak?

Tahun 2020 ni, huda akan pastikan semua transaksi online shopping mesti kena klik dari apps Shop Back dulu!
Kalau korang masih belum ada akaun Shop Back boleh klik link berikut dan dapatkan RM 5 welcome bonus. 

 >> https://app.shopback.com/mys?raf=mv7CbP <<

Post a Comment

1 Comments

ina said…
bestnyaaa.. Ina punya akaun shopback asyik pending amount je. Berbulan dah. Tatau apa masalah lg. Lastnya shopping on9 dh xguna dh shopback ni.