Cara Mudah Untuk Masak Nasi Sushi
Calrose Rice Sumo
Nasi sushi ni bukan nasi beras biasa yer. Huda beli beras calrose jenama Sumo di Giant. 1kg beras ni berharga RM8.88 . Beras ni berasal dari California dan merupakan antara pilihan terbaik untuk digunakan dalam pembuatan sushi homemade ni.
Beras sushi yang pendek dan bentuk oval.
Cara memasak nasi sushi ni boleh ikut label di packaging beras Sumo. Sukat beras kemudian bilas sekali sahaja. Kemudian masukkan air ikut sukatan 1 cawan beras = 2 cawan air.
Tapi baru ni huda masak 2 cawan beras dicampur dengan 3 setengah cawan air. Saja modify sikit supaya nasi sushi tidak terlalu lembik.
Inilah rupa beras sushi yang siap di masak.
Masa guna rice cooker biasa jer. Dalam setengah jam gak lah masak yer.
Lepas masak, terus huda campurkan dengan cuka.
Nak cari cuka sushi takde hari tu, maka gunakan cuka biasa jer. Tawakal jer time buat ni, harap-harap sedaplah nasi sushi ni.
Ada baca di blog orang lain tentang sukatan cuka untuk persediaan nasi sushi ni
1 cawan nasi sushi = 2 sudu cuka.
Huda modify sikit, tadikan huda dah masak 2 cawan beras nasi sushi ni, kalau ikut resepi kena masukkan 4 sudu cuka, tapi huda cuma masukkan 3 sudu cuka sahaja.
Ada juga yang kongsi resepi persediaan cuka khas untuk nasi sushi seperti berikut
1 1/2 sudu besar cuka makan biasa + 1 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam.
didihkan sekejap hingga gula hancur, sejukkan dan gaul dengan nasi sushi.
Tapi huda hanya guna cuka biasa jenama Jalen jer. Tak campur pun gula dan garam.
Beras sushi yang sudah digaul rata dengan cuka dibiarkan sejuk sebelum langkah seterusnya , iaitu balut dengan seaweed dan bahan lain.
Alhamdulillah, The Arifs dan encik suami sangat sukakan sushi yang huda buat, laju jer habis tau.
Huda suka buat homemade sushi ni, makanan yang senang di makan dan boleh kategorikan sebagai comfort food dalam family huda. Selain sedap, sushi ni pun banyak khasiatnya. Rumput laut kering atau nori yang digunakan pada sushi banyak nutrient yang berkhasiat pada tubuh.
Rumput laut kering mengandungi mineral seperti kalsium, besi, dan iodin, serta vitamin A, C, dan E. Bahan ini juga mengandung serat yang baik untuk melancarkan pencernaan dan memberi rasa kenyang lebih lama. Kalau korang nak tambah pengambilan serat , lancarkan penghadaman dan nak kuruskan boleh cuba Kapsul Peria Plus, ramai orang cuba, ia membantu menurunkan berat secara konsisten!
Huda buat 2 hari berturut-turut hujung minggu ni. Hari sabtu dan ahad, sebab The Arifs request. The Arifs memang "hantu sushi" . Sebab terlalu laju sushi yer habis, huda memang tak dan nak snap gambar tentang macamana nak gulung sushi ke apa.. Maybe next time repeat buat homemade sushi ni, boleh kot amik gambar step by step untuk buat homemade sushi..InshaAllah..
3 Comments