Cara Mudah Untuk Masak Nasi Sushi

Projek masak-masak huda hujung minggu ni adalah buat sushi! Fuh setelah bertahun bertangguh hajat nak buat homemade sushi ni, akhirnya terlaksana sudah di Januari 2020!. Entry kali ni huda nak sharing mengenai cara mudah untuk masak nasi sushi. Penting step pertama ni dalam memastikan sushi yang dibuat menjadi dan sedap dimakan hingga menjilat jari.



Cara Mudah Untuk Masak Nasi Sushi



Ini merupakan kali pertama huda masak nasi sushi, jadi haruslah rekodkan diblog buat rujukan di masa hadapan untuk diri sendiri dan untuk pembaca blog ni.


Calrose Rice Sumo 


Nasi sushi ni bukan nasi beras biasa yer. Huda beli beras calrose jenama Sumo di Giant. 1kg beras  ni berharga RM8.88 . Beras ni berasal dari California dan merupakan antara pilihan terbaik untuk digunakan dalam pembuatan sushi homemade ni.

Beras sushi yang pendek dan bentuk oval.


Cara memasak nasi sushi ni boleh ikut label di packaging beras Sumo. Sukat beras kemudian bilas sekali sahaja. Kemudian masukkan air ikut sukatan 1 cawan beras = 2 cawan air.

Tapi baru ni huda masak 2 cawan beras dicampur dengan 3 setengah cawan air. Saja modify sikit supaya nasi sushi tidak terlalu lembik.

Inilah rupa beras sushi yang siap di masak.

Masa guna rice cooker biasa jer. Dalam setengah jam gak lah masak yer.

Lepas masak, terus huda campurkan dengan cuka.



Nak cari cuka sushi takde hari tu, maka gunakan cuka biasa jer. Tawakal jer time buat ni, harap-harap sedaplah nasi sushi ni.

Ada baca di blog orang lain tentang sukatan cuka untuk persediaan nasi sushi ni

1 cawan nasi sushi = 2 sudu cuka.

Huda modify sikit, tadikan huda dah masak 2 cawan beras nasi sushi ni, kalau ikut resepi kena masukkan 4 sudu cuka, tapi huda cuma masukkan 3 sudu cuka sahaja.

Ada juga yang kongsi resepi persediaan cuka khas untuk nasi sushi seperti berikut
1 1/2 sudu besar cuka makan biasa + 1 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam.
didihkan sekejap hingga gula hancur, sejukkan dan gaul dengan nasi sushi.
Tapi huda hanya guna cuka biasa jenama Jalen jer. Tak campur pun gula dan garam.


Beras sushi yang sudah digaul rata dengan cuka dibiarkan sejuk sebelum langkah seterusnya , iaitu balut dengan seaweed dan bahan lain.


Alhamdulillah, The Arifs dan encik suami sangat sukakan sushi yang huda buat, laju jer habis tau.

Huda buat 2 hari berturut-turut hujung minggu ni. Hari sabtu dan ahad, sebab The Arifs request. The Arifs memang "hantu sushi" . Sebab terlalu laju sushi yer habis, huda memang tak dan nak snap gambar tentang macamana nak gulung sushi ke apa.. Maybe next time repeat buat homemade sushi ni, boleh kot amik gambar step by step untuk buat homemade sushi..InshaAllah..


No comments