Berkelah di Pantai Tok Jembal


Tahun 2020 ni, kami sekeluarga planning setiap hujung minggu nak luangkan masa bersama di luar rumah dan buat aktiviti bersama yang boleh merapatkan hubungan kami anak beranak. Port kami berkelah yang baru kami diterokai adalah Pantai Tok Jembal. The Arifs panggil tempat ni "The Forest" 



Lokasi tempat ni betul-betul bersebelah dengan tempat jualan ikan pasar nelayan Tok Jembal dan kedai mee sup. Kawasan yang lapang dan tenang dengan pokok-pokok sangat cantik untuk bergambar.



Sebelum mulakan aktiviti, kami isi perut dulu. Makan mee goreng yang huda beli di gerai jualan sarapan berhampiran rumah, RM 1 jer satu bungkus mee. Murah kan? Heaven duduk kawasan kampung di sini.


Aktiviti The Arifs dan papa yang pertama adalah main bola sampai penat. Kawasan luas dan lapang memang syok buat aktiviti outdoor bersama.



Huda pula, tak sudah-sudah snap gambar cantik-cantik kat sini. Lawakan, pancaran mentari pagi di celah dahan pokok. 


Cak!! Family picture.


Guess what?! Punyalah best tempat ni, kami repeat lagi datang sini keesokan harinya. Kali ni aktiviti kami main ala-ala base ball pula


The Arifs main kayu dan buat macam-macam magik konon-konon diorang pegang wizard stick. Hehe.. suka tengok diorang enjoy main kat sini.


Si adik pun asah skill amik gambar dengan amik gambar mama papa kat sini.


Lepas bosan main semua benda, huda bagi idea, jom main sorok-sorok belakang pokok. Part ni memang enjoy lah. Lagi-lagi encik suami yang rajin buat lawak dengan anak-anak.




Sebelum balik, kami lepak dulu di pantai depan lokasi "The Forest" tu dalam beberapa langkah jer. Aktiviti masih bersambung dengan main teka teki dengan The Arifs.

Bila tengok anak-anak seronok main, huda lagi semangat nak betul-betul jaga kesihatan. Mak huda ada pesan suruh amalkan peria katak, dari nenek moyang lagi amalkan. Boleh baca di sini khasiat peria katak. 

Serius sangat best dapat lepak dan luangkan masa pagi lebih kurang 2-3 jam di sini bersama The Arifs. Family Time yang sangat bermakna untuk development emosi anak-anak. Semoga mereka membesar dengan kasih sayang kami sehingga akhir hayat.

Love your family. Spend time, be kind and serve one another. Make no room for regrets. Tomorrow is not promised and today is short.

Post a Comment

3 Comments

Ai said…
Cantik tempat ni.
Sunah Sakura said…
bestnya lepak tepi pantai dengan family! rindu pulak nak piknik ngan family kat kampung..
This comment has been removed by a blog administrator.