Aktiviti Cuti Sekolah CNY - Bawa The Arifs Pergi Library


Hai! Selamat bercuti semua! Korang bawa anak-anak pergi bercuti kemana cuti sekolah 5 hari ni? Huda memang block sebarang travel percutian bulan January ni, sebab banyak budget dah dihabiskan untuk kos persekolahan anak-anak dan komitmen tahunan yang lain. Tapi, walau tak travel bercuti, kena jugak keluar rumah , kalau tak kesian anak-anak memerap jer 5 hari cuti sekolah ni



Aktiviti Cuti Sekolah CNY - Bawa The Arifs Pergi Library


Alhamdullilah, pada hari cuti sekolah yang pertama iaitu Khamis, 23 Januari 2020 yang lepas, huda bawa The Arifs ke Library. 







Cantik kan pusat bacaan kanak-kanak di Library Kuala Terengganu ni? Tak silap hujung tahun lepas baru siap renovate sini. Jadi semua masih nampak cantik dan baru. 


Selain terapkan hobi membaca dalam diri The Arifs, di sini juga kami ambil masa untuk kuatkan bonding keluarga. Memnbaca bersama, pilih buku bersama dan bercerita dengan anak-anak.



Walau kami luangkan masa lebih kurang 1 jam sahaja di sini, sebab encik suami harus bekerja, namun huda sangat puas hati dapat gembirakan anak-anak.
Setiap hari, anak-anak adalah definisi kehidupan huda, kegembiraan mereka adalah segalanya!

“While we try to teach our children all about life, our children teach us what life is all about.”


Post a Comment

2 Comments

Sue Izza said…
cantik ngat library pun,ni bawa humaira mau tak nak balik hahahha
Susan said…
I am come here first time, i find the perfect article. Thanks for posting interesting and informative post. Eminem net worth 2020: Eminem is a multi-platinum selling American rapper, producer and actor who has a net worth of $230 million. He is consistently one of the highest-paid entertainers in the world.