Sepanjang bulan Disember, jangan ketinggalan untuk datang ke Hotel Grand BlueWave Shah Alam (GBWHSA) dan merasai sendiri pengalaman di bufet berkonsepkan gerai, Saturday Hawker Night yang diadakan di Restoran Royale Songket, Aras G pada setiap Sabtu. Disana, terdapat 10 gerai yang menampilkan konsep berbeza bersama pelbagai jenis masakan dan kudapan ‘Arabic Tent’, ‘BlueWave Delicacies’, ‘Night Hawker’, ‘Little India’, ‘Texas Ranch’, ‘Penang Street’, ‘Italian Corner’, ‘Nyonya Street’, ‘China Town’, ‘Gerai Sup’ dan ‘Dessert Corner’.
Tetamu boleh memulakan
makan malam dengan mencuba menu di gerai Arab
Tent iaitu Shawarma bersama Roti Pita dan Roti Naan. Di gerai Night Hawker pula, terdapat Roti John,
Keropok Lekor, Popiah Goreng dan Celup-Celup manakala aneka gorengan boleh
didapati di gerai BlueWave Delicacies.
Bagi menambah lagi
kemeriahan bufet malam bertemakan gerai-gerai, masakan India juga ditawarkan di
salah sebuah gerai iaitu gerai Little
India. Antara menu disitu ialah Roti Canai, Vadei, Marukku, Dhall, Kari
Ikan, Kari Kambing, Kobis Goreng Kunyit, Daging Hitam, Ayam Goreng Berempah,
Sambal, Papadom dan Nasi Putih.
Bagi peminat makanan
Barat, jamu selera anda dengan Foot Long
Sausage dan Piza di gerai Texas Ranch
manakala Pasta E-Olio, Sos Bolognese dan Bebola Daging Keju Berkrim pula
disediakan di gerai Italian Corner.
Rasai snek dan masakan
kegemaran Malaysia di gerai Penang Street,
Nyonya Street, China Town dan gerai Sup. Makanan kegemaran ramai seperti Rojak
Buah dan Sotong Kangkung boleh didapati di gerai Penang Street. Bagi mereka yang menggemari masakan Cina, nikmati
Dim Sum, Chinese Pancake dan Mee Wanton di gerai Chinese Town.
Selain itu, tetamu boleh
mencuba masakan di gerai Nyonya Street
yang menawarkan Laksa Nyonya Melaka. Di gerai Sup pula, terdapat Sup Tulang
Daging Tetel dan Szechuan Crab Meat Soup.
Selain daripada suasana gerai
yang pastinya menaikkan selera, tetamu semestinya harus mencuba aneka pilihan
pemanis mulut untuk melengkapkan keseronokan pada malam Sabtu. Antara
pilihannya termasuklah Air Batu Campur
Leleh, Ice Cream, Bubur Jagung Manis dan Aneka Kek.
Saturday Hawker Night di Restoran Royale Songket,
Grand BlueWave Hotel Shah Alam akan berlangsung pada setiap Sabtu sepanjang
bulan Disember dari 6.30 petang sehingga 10.30 malam.
Harganya ialah RM 69.00+ setiap
dewasa, manakala harga kanak-kanak dari 4 tahun hingga 11 tahun ialah RM34.50+.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi Telepemasaran di talian
03-55111833 sambungan. 2723, 2724, 2606 atau hantarkan email ke
telemarketing@bluewavehotels.com.
Layari www.bluewavehotels.com
untuk maklumat lanjut.
Pengurus Hotel : Tuan Haji
Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim
Tempoh promosi : Setiap Sabtu
pada Disember
Harga : RM 69.00+ Dewasa
RM 34.50+ Kanak-Kanak
0 Comments