Review Hotel Red by Sirocco KL



Pada hujung minggu lepas huda berkesempatan sertai media trip anjuran Tourism Malaysia. Selama 3 hari 2 malam kami semua wakil dari Tourism Pantai Timur menginap di hotel Red By Sirocco yang terletak di Dang Wangi. Seronok huda dan rakan-rakan media lain yang di taja untuk menginap di Hotel yang unik ni. 


Review Hotel Red by Sirocco KL


Lokasi hotel ini sangat strategik di tengah bandaraya KL dan dekat dengan pelbagai tarikan dan kemudahan awam.






Huda dan rakan blogger dari Terengganu,  kak yaya dapat bilik Superior twin.



Ada dua katil size super single yang lengkap dengan 3 bantal yang empuk,katil yang best untuk tidur rehatkan badan setelah seharian dalam bas dan ke sana sini. 

Kemudahan menarik di Hotel Red by Sirocco 


Huda nak share kemudahan yang unik kat sini yang huda belum pernah jumpa di mana2 hotel sebelum ni. 


Ni hah! Ada coffee machine Cafes Richard dan juga teh cina klasik.  Unik kan? 


Huda sempat lah jugak buat secawan kopi Richard coffee. Fuh memang kaw kopi yer.

Kemudahan lain yang tersedia di bilik adalah TV 49 inchi, workstation, meja make up dan toiletries yang lengkap dan juga wifi yang laju!





View bilik kami menghadap KL Tower. Memang terbaik lepak kat balkoni layan view. Ini permandangan dari balkoni bilik kami... 





Kemudahan lain yang ada di sini adalah rooftop swimming pool, gymnasium , bussiness centre dan juga dewan. Masa malam kedua ada majlis wedding kat dewan ni memang penuh parking depan hotel..



Hotel ni unik ( ke pelik? hehe)... Urusan check in kena naik lift di tingkat 11 . Di ground floor ada small counter jer..



Ruangan di Ground Floor



Lobi hotel di tingkat 11

Sepanjang menginap di sini sempatlah breakfast 2 kali. Pilihan breakfast tidak terlalu banyak. Tapi okay lah, semua menu yang huda cuba boleh tahan sedap.



Antara menu breakast yang menjadi pilihan. Makan sambil tengok view KL dari tingkat 25 hotel ini.


Nama hotel pun Red kan..so ruang warna merah menjadi asas setiap ruang dalam hotel ni..Huda memang suka warna merah jadi huda memang suka lah hotel ni. Rasa nak repeat stay sini lagi.


Untuk maklumat lanjut dan tempahan layari https://www.redbysirocco.com/

Post a Comment

15 Comments

Nina Mirza said…
Suka laaa. Konsep bilik Hotel ni. Kemas simple jer...
Warna merah tu beri aura semangat ceria! Love love
Sis Lin said…
Yay! Katil Single dia besar macam saiz Queen kan, selesa sangat! Bantal dan tulam yang empuk..dan paling best dapat buat kopi dalam bilik, semerbak bau kopi dalam bilik hahaha. Next time datang KL, boleh tido sini gak ...
SalinaJohari said…
uisssh...unik campur pelik. k.Sal dahla coffee lovers. Menarik gak datang sini tapi tu la anak-anak ramai. Kang tak muat lak 2 katil tapi size besar ok kot. Nanti nak try usyar kot ada bilik patern lain
cc kak fas said…
Tak pernah pula nampak kat mana Hotel Red ni. Berapa harga semalam?
Nurul aziyana said…
Jarang katil single ade 3 bantal. Kebanyakn 2 je. Selesa btul bilik tu, yang best ade workstation
Marina Bashah said…
Tak pernah lagi menginap kat sini. Kalau ke kl bolehlah cuba
SlumberLady said…
Lawanya bilik diaaaaa. Siap bagi 3 bantal. Meja make up tu serius lawa dan memang nampak high class sangat. Wah, untungnya view KL tower.
Lala Kerry said…
Waa, seronoknya dapat lihat pemandangan kat sana. I love going back to KL. Baru2 ni I went to KL Tower and really enjoy the view from above! SO this hotel is the best choice to go next time supaya boleh keep looking at the KL tower hahaha I really miss KL now :(
dr-Life said…
Wah. . Feel like check in there to relax and rest!!
Rawlins GLAM said…
Cantiknya la view dari your room. Memang strategic sangat your room. The coffee machine tu memang kelas tapi Rawlins suka sangat dengan make up table and mirror tu! Woo!!! I nak la cermin begitu!
Aerill Hassan said…
nampak macam best hotel ni. first mestilah sebab dpt tgok pemandangan yg lawa! :) terima kasih atas review ya
Aiman said…
serius cantik gila. dengan pemandangan lagi. siap ada coffee machine lagi. memang best la kalau dapat menginap disini kan
Faries said…
Wow exclusivenya hotelnya.I love their red theme.Cantik!
Nadia Johari said…
Cantik hotel dia.. Vide ngadap kl tower.. Menarik.. Swimming pool pun best tengoknyaaa.. Nampak best ni stay dekat sini
RAIHANAH AHMAD said…
wah cantik view dia mengadap kl tower. bilik pun nampak selesa. saya paling teruja tengok kopi mesin tu.