Salah satu langkah penting dalam skincare rutin adalah menggunakan moisturizer selepas cuci muka supaya kulit kekal lembab dan sihat. Penting tau step guna moisturizer atau pelembab ni, sebab nya kalau kulit kering lagi cepat kulit nampak kedutan dan aging sign lebih cepat berlaku! Mesti korang tak nak kan nampak tua? Lagi pun sekarang cuti sekolah penghujung tahun mesti ramai yang tengah bercuti dan kulit muka pun jadi sun burn sebab terdedah lama di luar. Jangan risau, moisturizer yang huda nak kongsikan ni boleh bantu korang rawat masalah surn burn jugak. Jom baca perkongsian huda hari ni tentang satu produk moisturizer yang terbaik keluaran Hansagee Nature.
Pelembap (Moisturizer) Paling Best Untuk Kulit Sunburn dan Kering | Hansaegee Nature
Sebelum huda cerita pengalaman huda selepas gunakan Aqua Whitening Cream, Moisturizer keluaran Hansagee Nature ini, jom kita ketahui tentang informasi dan kelebihan produk ini dan kenapa korang pun patut cuba!
Aqua Whitening Cream diformulasi dengan ekstrak herba semulajadi Ekstrak Root Angelica Acutiloba, Minyak Benih Camellia Japonica, Ekstrak Cicidium Officinale Root, Ekstrak Buah-buahan Florida Gardenia, Ekstrak Ekstrak Paeonia Albiflora, Ekstrak Daun Ekstrak Pinus Densiflora, Prunus Armeniaca (Apricot) Minyak Kernel, Ekstrak Rehmannia Chinensis dan sebagainya.
Dengan rumusan formulasi herba yang terbaik ia memberi pelbagai manfaat kepada kulit seperti : -
· Menormalkan tahap kelembapan dalam kulit
· Merawat semua jenis kulit seperti kulit berminyak, kulit kering dan kulit sensitif dan berjerawat
· Merawat kesan sun burn
· Membantu mengatasi masalah tona kulit tidak sekata dan garisan kedutan di wajah.
Bagaimana Moisturizer Hansaegee Bantu Rawat Sun Burn?
Moisturizer Hansaegee Nature ini mengandungi Camellia Japonica Seed Oil yang membantu merawat kulit rosak dan juga merawat kesan parut. Maka, kulit akan dirawat secara beransur-ansur.
Tambahan pula, kesan kulit terdedah kepada sinar UV menyebabkan kulit mengalami pigmentasi dan tona kulit tak sekata.
Moisturizer Hansaegee Nature ini juga mengandungi Niacinamide di mana ia berfungsi mencerahkan kulit, meghalang kerosakan kulit dan mengatasi masalah pigmentasi. Jadi moisturizer ini sangat sesuai di gunakan di Malaysia yang beriklim panas dan kulit kita mudah mendapat sun burn. Selain itu Niacinamide yang juga dikenali dengan Vitamin B3 ini sangat bagus untuk kurangkan kesan penuaan kulit seperti garis halus dan liang pori terbuka. Ia juga dapat mengawal penghasilan sebum dan minyak berlebihan di wajah.
Tektur moisturizer ini jenis krim, ringan dan tidak melekit. Krim ni bukan biasa-biasa yer. Krim ni magik sebab lepas kita sapu pada kulit tekstur krim akan berubah menjadi titisan air. Selepas titisan air ni keluar gunakan jari tap-tap gitu, supaya kulit kita dapat serap semua krim tadi. la yang menyegarkan muka, memang amat sesuai ketika cuaca panas. Jadi masalah dehydration pun takde!
Demo menggunakan Aqua Whitening Cream, memang jelas titisan air selepas sapuan krim ni.
Cara menggunakan Aqua Whitening Cream
- Bersihkan muka terlebih dahulu, lepas tu lap muka.
- Letakkan sedikit Aqua Whitening Cream di bahagian dahi, pipi , hidung dan dagu dan juga leher. Tak perlu sapu tebal-tebal, ambil sedikit sahaja dah memadai.
- Dalam masa beberapa saat, titisan air akan kelur. Dap-dap kan sahaja titisan air tu sehingga ia serap ke dalam kulit.
Huda gunakan Aqua Whitening Cream ni sebagai pelembap pada waktu pagi dan juga malam. Huda yakin untuk amalkan produk ini sebab ia diperbuat daripada bahan semulajadi. Krim ini mengandungi Minyak Benih Camellia Japonica yang membantu melembapkan kulit, tidak menyekat liang kulit dan menghalang daripada jerawat. Paling best, huda juga juga dapat mencerah, dan merawat kulit daripada kering dan sunburn.
Tambahan pula, ia juga mengandungi Niacinamide juga dikenali sebagai vitamin B3. Ia berfungsi sebagai agen pemutihan, membantu menyeratakan tona kulit yang tidak sekata, memutih, membersih dan merawat kulit sensitif.
Seronok tau guna krim ni, rasa sangat kulit wajah makin sihat dan juga cerah sekata.
Berminat nak beli ?
Huda tahu mesti ramai teruja nak cuba sendiri moisturizer Hansaegee ni kan?
Harga Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream (50 ml ) adalah RM 148.30. Bagi huda harga dan kualiti produk serta kesan terbaik lepas gunakan produk ni sangat berbaloi!
So apa lagi, jom beli!
Boleh dapatkan secara atas talian di >> https://hansaegee.com/shop/aqua-whitening-cream.html <<
Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
1 Comments