Pada jumaat yang lepas huda diberi peluang untuk memeriahkan majlis makan malam sempena meraikan dan penghargaan kepada media dalam mempromosi Visit Malaysia anjuran Tourism Malaysia. Majlis yang meriah ini berlangsung di Seputeh Glasshouse,KL.
Ini merupakan kali pertama huda berkesempatan menjadi salah sorang tetamu dalam majlis yang agak besar ni. Alhamdulillah, syukur sumbangan huda yang tak berapa sangat dalam menulis review tempat menarik di Malaysia di hargai juga. Semoga penghargaan ini memberi semangat untuk huda terus menulis dan berkongsi di blog.
Bergambar di Photobooth bersama wakil media Tourism Pantai Timur ( Kelantan , Terengganu dan Pahang)
Menang Lucky Draw
Alhamdulillah. Rezeki yang tak di sangka..
Geng media tourism pantai timur yang bertuah di Majlis Makan Makan Tourism Malaysia
Kenangan bergambar dengan rakan blogger yang turut hadir dari pelbagai negeri di Malaysia
The goodies bag. Balik rumah dari trip baru sempat nak unboxing semua barang dalam goodies beg dinner
Benda paling best dalam goodies bag adalah wireless earphone ni. Terbaik lah Tourism Malaysia! Semoga murah rezeki lagi tahun depan dapat join event lagi anjuran Tourism Malaysia. InshaAllah.
0 Comments