Alhamdulillah, The Arifs dah Sunat!

Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah. Segala yang mudah dengan izin Allah dan manusia hanya mampu merancang ... hanya dengan izin Allah ia berlaku. Seingat huda, beberapa bulan lepas, Along mesej ajak sunatkan anak-anak lelaki kami semua berjemaah. Total dalam 5 orang. Huda tanpa fikir panjang terus setuju nak sunatkan The Arifs kat kampung Johor bersama 3 orang lagi cousins diorang... Tapi....

Bila tiba hari yang di nanti iaitu 7/12/2019..... Drama berlaku...
The Arifs turn pada sebelah petang. Namun last minit huda dan suami decide untuk cancel. mujur tiada bayaran deposit jadi free cancelation. Antara sebab utama adalah klinik yang abang ipar huda booking kan guna cara konventional iaitu menggunakan gunting. Abang huda yang turut temankan anak beliau untuk sunat pada sesi pagi turut sarankan huda untuk cancel, sebab anak dia non stop nangis. Aduh... Menurut abang huda juga, di klinik tadi kaedah sama di gunakan masa dia sunat berpuluh tahun lepas..

Berkhatan adalah satu proses yang menyakitkan dan tidak ada teknik berkhatan yang tidak menyakitkan langsung. Sakit atau tidak bergantung kepada daya tahan sakit seseorang.


INFO Penting Tentang Sunat/ Khatan

  • Prosedur membabitkan pemotongan penghujung kulit yang menutup penghujung zakar.
  • Secara amnya membuang anggota tubuh yang menjadi tempat di mana kotoran, virus dan najis terperangkap.
  • Faedah berkhatan mengurangkan Jangkitan saluran kencing (UTI), kanser alat kelamin, penyakit kelamin dan kurang risiko jangkitan tiga jenis penyakit kelamin (STD) iaitu HIV, syphilis (dua kali ganda) dan chancroid (10 kali ganda).

Ada macam-macam cara kaedah sunat ni kan, selain kaedah konvensional menggunakan gunting, zaman sekarang ni parent ada pilihan sama ada nak guna kaedah clamp atau pun teknik "laser".

Menggunakan gentian plastik bulat diletakkan di bahagian zakar. Biasanya, ada masalah dari segi saiz plastik tidak sesuai. Lebih banyak menyebabkan berlaku lebihan kulit pada zakar. Masalah teknik ini adalah gentian plastik perlu ditanggalkan doktor dan risiko jangkitan lebih tinggi


Salah faham tentang Sunat Teknik "LASER" 


Pakar bedah Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, Dr Syariz Izry Sehat, berkata


Di negara ini, tidak ada khatan menggunakan laser seperti kerap diperkatakan. Ini kerana kos peralatan untuk khatan sangat mahal mencecah jutaan ringgit. Lagipun, tiada kelebihan sunat menggunakan kaedah ini berbanding kaedah sedia ada. Ramai yang salah anggap kerana teknik haba sahaja digunakan bertujuan membantu menutup pembuluh darah ketika prosedur berlangsung. Setakat ini, hanya di Singapura antara negara yang menawarkan rawatan seumpama itu.


So setelah buat sedikit research di Google dalam memilih kaedah sunat yang terbaik untuk The Arifs huda dan suami pilih kaedah sunat guna alat potong yang haba ni atau orang kata teknik laser kononnya. Apa-apa jer lah kan.. yang penting matlamat tetap sama. 


Setelah cancel sunat di Johor, kami pun balik ke Terengganu dan mencari klinik yang terbaik. Rezeki sangat, kebetulan anak blogger Sis Gee juga baru jer bersunat dan dia rekemen untuk sunatkan anak di Klinik Famili. 
Rezeki dan kemudahan lagi untuk kami sebab sangat-sangat dekat dengan rumah mertua huda. Sebab The Arifs nak bersunat di rumah Ki dan Tok Ma diorang. Indahnya perancangan Allah dan segala urusan dipermudahkan. Tak berhenti-henti huda bersyukur sebab segalanya terlalu sempurna dan  mudah. Kuasa Allah kan? Plan berbulan-bulan nak sunat kat Johor tak jadi, rupanya Allah dah aturkan sunat di Terengganu. 







Alhamdulillah, temu janji sunat untuk The Arifs pada 16/12/2019, jam 8 malam. Layanan klinik Famili memang terbaik. Huda sampai dalam pukul 7.50 malam. Selepas urusan daftar, The Arifs kena timbang kemudian makan ubat tahan sakit. Dalam pukul 8.10 malam nama Arif Haikal dipanggil untuk mulakan proses sunat. 

Seperti huda jangka, daya tahan sakit Arif ni memang kurang, jadi memang terdengar lah dia menjerit dan menangis time bius tu. Huda hanya duduk di luar temankan si adik. Tenangkan dia, sebab next turn dia. Huda ajar dia supaya sentiasa tenang dan istigfar. 

Owh ya, ada cerita kelakar time si Abang Arif Haikal ni sunat, asyik lah tanya doktor berapa percent lagi doktor??

Doktor siap melawak...

Masa semakin suntuk ni...

Selepas lebih kurang 20 minit , Si abang pun keluar dari bilik doktor dengan linangan air mata, namun masih mampu tersenyum tengok mama. Lega sangat time ni Allah jer lah tahu... setel sorang..lagi sorang pula..

Next turn si adik Arif Hakim.
Senyap.... dah 15 minit dalam bilik doktor masih senyap.
haish...dalam hati jadi sunat ke tak adik dalam bilik doktor ni..
Tup..tup si adik pun keluar dari bilik doktor dengan senyuman dan cakap saya dah sunat.
Hebat sungguh anak mama ni , doktor pun cakap si adik pecah rekod sebab langsung tak menangis atau mengaduh sakit. Cover macho sungguh si Adik ni..

Rezeki...setel The Arifs sunat, Ki dan Tokma dah parking depan pintu klinik dan ready nak bawa diorang balik. Ya Allah, bertuah yer diorang ni.. Huda dan suami pun rasa lega ada yang sudi memudahkan urusan The Arifs sunat.

Selepas bayar RM150 untuk seorang di kaunter ( total RM 300, kos The Arifs sunat), dan collect ubat serta free gifts untuk The Arifs, kami pun pulang dengan rasa teramat lega dan bersyukur.


Dapat Ubat tahan sakit, dan ubat antiseptic sapu dan juga free gifts ( biskut, air kotak coklat dan juga sample Pediasure)

Doktor pesan selepas 24 jam boleh buka balutan dan cuci serta sapu ubat. Namun kami suami isteri lemah nak hadap The Arifs menangis tahan sakit. Tak berani yer jugak untuk detach gauze yang melekat di bahagian yang jahit tu.

Maka hari keesokannya kami pun pergi ke klinik atas nasihat ayah mertua.

Fuh, sekali jer doktor cabut, rileks jer doktor, The Arifs memang menjerit kesakitan time tu... Aduh, mama tak kuat tengok anak2 kesakitan.

Nasib masa ke klinik tu standby bawa duit in case kena bayar apa-apa ke.. Rupanya memang kena bayar. Kena caj RM 54 untuk 2 botol antibiotik untuk The Arifs.

Kira total sebenar habis untuk kos sunat The Arifs ni RM 354. Alhamdulillah, ada jer rezeki untuk diorang...

Saat huda menulis ni, genap sudah seminggu The Arifs sunat.
The Arifs semakin sihat, dah tak sakit macam mula-mula dulu. Dah boleh mandi shower sendiri dan boleh berjalan berlari bergurau adik beradik kat rumah ni.

Terima kasih Allah....



3 comments:

  1. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan untuk The Arifs!!

    ReplyDelete
  2. I am happy to find this post very useful for me, as it contains lot of information. I always prefer to read the quality content and this thing I found in you post. The 192.168.l.254 IP address is a common address used for accessing the login page for your private router control panel. Once you have logged in, you can change your router username, admin, password and privacy settings.

    ReplyDelete