Pengalaman Pertama Kali Berbekam di Bekam Legasi Kuala Terengganu


Ujian sakit back to back sejak awal bulan November ni, buatkan badan huda sangat lemah. Tak tahu berapa banyak ubat, pain killer dan panadol dah telan. Terasa badan ni ber"toksik" jer.. Jadi huda minta izin suami untuk berbekam. Sebab basic bekam yang huda tahu boleh bantu buang darah kotor dan toksik dalam badan. Dan juga yang paling penting, rawatan alternatif ini adalah SUNNAH Rasullah S.A.W. 


Hari ni huda decide nak pergi berbekam sebab huda MESTI kembali sihat dan bertenaga semula. Masa untuk buang segala toxin yang terperangkap dalam badan. 


Okay, sebelum huda kongsi pengalaman pertama kali huda berbekm, jom kita ketahui kebaikan berbekam untuk kesihatan. 

Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.

Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksik melalui permukaan kulit. Toksin adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya. Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan,bisa dan sejenisnya.
.
Sebelum dan selepas berbekam ada pantang larang yer. So pastikan sebelum kita dapatkan rawatan berbekam take note info penting di bawah :- 

  1. BERPUASA atau tidak makan makanan berat 2 -3 jam sebelum berbekam
  2. Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat.
  3. WAKTU yang sesuai berbekam mengikut sunnah adalah 17,19 dan 21 bulan hijrah ( Hari ni huda berbekam pada 19 hb Rabiul awal 1441 H
  4. Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah SWT. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa,kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayub AS disembuhkan dari penyakit dan bala. Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu.
  5. Selepas berbekam, tidak boleh mandi sekurang-kurangnya 1 jam dan jangan menggaru kawasan yang dibekam.
  6. Makanan yg sesuai selepas berbekam, minum madu, habbatus sauda, dan elakkan makanan yang sejuk, dan seafood.
  7. Umumnya, individu yang tidak digalakkan untuk berbekam ialah wanita mengandung, wanita haid, wanita yang kerap keguguran, individu yang terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius dan pengidap penyakit kulit serius.
KEBAIKAN BERBEKAM

1. Bekam merupakan sunnah Rasullullah S.A.W

2. Bekam Mengeluarkan darah kotoran dalam darah seperti toksin,nanah,minyak lebihan lemak, dan sebagainya yang menjadi punca penyakit bahaya.

3.Bekam meningkatkan daya tahan tubuh badan

4. Bekam dapat mengatasi masalah sakit kepala, Migrain da sakit gigi.

5. Bekam dapat membantu mencegah dan meredakan serangan angin ahmar, kebas-kebas tangan dan kaki.

6.Bekam bermanfaat mengatasi luka-luka berdarah,jerawat, bisul dan gatal-gatal kulit.

7. Bekam juga boleh mencegah dan membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

8. Bekam dapat membantu memecah lemak,peluh dan melegakan demam.

9. Bekam mencantikkan wajah dan menaikkan seri wajah.

10. Bekam dapat membantu melancarkan peredaran darah dan mengatasi gangguan tekanan darah tinggi dan darah rendah.

11. Bekam membantu masalah lemah tenaga batin

12. Bekam dapat membantu mengatasi masalah pengaruh sihir, bisa, santau, dan racun.

13. Bekam dapat membantu mengatasi masalah kemalasan, kelesuan, dan banyak tidur.


Okay, sekarang kita tahu info penting tentang BEKAM.
So macamana rasa berbekam ni? Sakit ke?



Pengalaman huda selepas terima 10 cup bekam dari Bekam Legasi Kuala Terengganu Cawangan Panji Alam , huda boleh katakan tak sakit pun.. Huda tahu ramai yang takut bila fikir darah yang keluar masa bekam. Huda langsung tak tahu berapa banyak darah yang keluar. Juru bekam ada juga inform ada banyak darah keluar terutama di bahagian bekam kawasan betis. Tapi huda langsung tak tengok. hehe. So nak elakkan rasa takut, tak payah kot tengok. Cukuplah juru bekam inform tentang badan kita banyak angin, banyak darah kotor. Huda hanya bangun dan buka mata lepas siap semua proses bekam. 

Kesimpulannya, bekam ni tak sakit, takde apa yang di takutkan. Fikir nak sihat dan betulkan niat buat rawatan bekam ikut sunnah Nabi S.A.W . 

Untuk warga Terengganu bolehlah dapatkan rawatan bekam dengan Bekam Legasi
Follow Facebook : https://www.facebook.com/bekamlegasi1/

Post a Comment

2 Comments

Mimie said…
Berbekam ni memang banyka kelebihan dan kebaikannya. saya sendiri pun belum pernah berbekam lagi.tunggu lepas bersalin nantilah baru berbekam