Pengalaman Bercuti dan Menginap di Apartment i-City Shah Alam


Pengalaman Bercuti dan Menginap di Apartment i-City Shah Alam | Alhamdulilah, perancangan nak bawa anak-anak bercuti ke i-City Shah Alam tercapai hujung minggu lepas. Ini merupakan kali kedua kami sekeluarga bercuti dan menginap di Apartment di i-City Shah Alam. Kali pertama adalah 2 tahun lepas masa birthday trip adik Hakim, dan kali ni juga kami bercuti ke Shah Alam pada bulan Oktober , bulan birthday adik.

Lokasi Penginapan Terbaik di i-City Shah Alam


Setelah survey melalui AGODA, huda sangat tertarik untuk menginap di sebuah apartment di i-City Shah Alam yang sangat strategik sebab nak ke shopping mall Central i-City dan ke Taman Tema i-City hanya jalan kaki jer!




Ini dia apartment yang kami menginap iaitu Liberty 707 , i-City Shah Alam . Dengan rating 9.9 review dari pegunjung dan rating 5 stars dari AGODA, huda tanpa fikir panjang, terus tempah .
Kalau korang berminat nak tempah juga boleh klik link berikut >> TEMPAH APARTMENT di i-City SHAH ALAM <<

Apartment 1 bilik yang lengkap dengan kemudahan seperti TV dengan channel Netflix, dapur dan peralatan untuk memasak serta peti sejuk dan juga mesin basuh.

The Arifs kata best lah "hotel" kat i-City ni macam hotel Legoland. Sebab ruangan bilik tidur dan ruang tamu terpisah dengan pintu itu yang mereka dok teringat hotel Legoland tu.

Sempatlah shopping cadar baru AKEMI di sini.

Pujuk si adik nak beli  toys apa ntah dalam SOGO tu, dengan ajak naik dinosaur ni. Terus mood dia baik
Sebelum keluar mall, ternampak pulak Petronas Street Smart ni. So masuk sekejap.


Sebelum check in apartment ni, kami shopping di Central i-City yang terletak bersebelahan dengan apartment ni. Ada jejantas yang menghubungkan apartment dengan shopping mall. Tengok permandangan dari bilik menghadap shopping mall. Memang tema bercuti di bandar , kadang kala memang syok!


Percutian kali ni, kami tak terjah pun taman tema i-City sebab The Arifs tengah demam. Petang tu lepas check in, huda bagi mereka makan ubat. Dan sebab keletihan travel lebih 6 - 7 jam direct dari Kuala Terengganu ke Shah Alam, The Arifs terus tidur.

Huda memang dah shopping makanan untuk Dinner dan breakfast kami di Village Grocer, Central i-City siap-siap, jadi tak perlu keluar lagi untuk cari makanan.



Sementara anak-anak tidur , huda dan suami jalan-jalan di aras UG apartment ini yang terdapat i-City Central Walk. Hanya perlu turun lift beberapa minit sahaja dapat enjoy dekorasi lampu yang cantik di sini. Sempat lah snap beberapa gambar waktu malam. Kalau The Arifs join memang lagi best bergambar waktu malam kan. Suami kata memang kena repeat lagi bercuti ke sini, sebab The Arifs tak dapat enjoy view waktu malam.

Sunrise di i-City Shah Alam, view dari tingkap bilik apartment.


Keesokannya, pagi selepas sarapan , The Arifs hanya layan Youtube di TV. Di sini memang terdapat swimming pool dan playground, tapi Huda yang tak bagi mereka main sebab masih belum sihat sepenuhnya.

Sebelum check out, The Arifs berjalan-jalan sekejap di aras UG di Central Walk i-City untuk bergambar buat kenangan.







Habis sudah percutian singkat kami 2 hari 1 malam di i-City Shah Alam. InshaAllah next time wajib repeat lagi stay di sini sebab trip kali ni memang tak sempat nak teroka sepenuhnya i-City.