Kempen Zakat@FAMILY adalah merupakan salah satu inisiatif Divisyen Kutipan di dalam meningkatkan lagi kutipan zakat serta dakwah dan hebahan maklumat zakat di Selangor. Objektif utama Zakat@FAMILY adalah untuk memupuk kesedaran ke atas setiap ketua keluarga, penjaga atau wali agar dapat melaksanakan tanggungjawab memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu yang berada di bawah tanggungan dan jagaan mereka. Selain itu, menyebar luas dakwah zakat kepada umat islam di kawasan sekitar dan di seluruh Selangor. Semoga kempen ini dapat memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan zakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung kepada harta yang dimiliki dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf).
Bagaimana Untuk Laksanakan Zakat@FAMILY.
- I. Diri Sendiri
- II. Pasangan
- III. Tanggungan
- IV. Individu di bawah jagaan
3) Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaannya.
4) PanduanPemilik Harta, Tanggungjawab Taksiran dan Tanggungjawab Pembayaran“Zakat@FAMILY”adalah seperti berikut :
BIL
|
JENIS ZAKAT
|
KATEGORI HARTA
|
1
|
ZAKAT HARTA PENDAPATAN
Nota : Taksiran ini
merangkumi tolakan had kifayah yang layak dilakukan bagi setiap individu agar
tidak berlaku pertindanan dan mengetahui kelayakan membayar zakat.
|
i. Hasil penggajian & upah
ii. Hasil-hasil bebas & profesional
iii. Hasil al-mustaghallat
iv. Hasil pemberian & sumbangan
|
2
|
ZAKAT HARTA BERASASKAN
NISAB EMAS
Nota : Taksiran yang
dilaksanakan adalah bagi menentukan kelayakan kewajipan zakat bagi setiap
individu yang memiliki harta berasaskan nisab emas.
|
i.
Emas.
ii. Wang simpanan
iii. Saham dan pelaburan
|
Firman Allah SWT,
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَامَلَـٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦﴾Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh para malaikat yang kasar, bengis (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah terhadap setiap perkara yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap (setia) melaksanakan segala yang diperintahkan.(Surah al-Tahrim: 6)
Pandangan peribadi huda sendiri, huda memang puji kempen Zakat@FAMILY. Kempen ini dapat mendidik umat Islam di Selangor khususnya dengan lebih baik dalam menunaikan ibadah zakat sekaligus memberi kemudahan dan kefahaman serta dapat mengoptimumkan kutipan zakat di Lembaga Zakat Selangor. Semoga kempen ini menjadi contoh kepada institusi-institusi zakat yang lain di negari lain. Sama-sama kita tunaikan zakat untuk diri sendiri dan keluarga agar rezeki yang Allah kurniakan lebih berkat dunia akhirat. InshaAllah.
2 Comments
Itikaf for females