Lokasi Penginapan H & M Family Day 2019 - Villa 133 di Port Dickson.
Adik huda tempah di booking.com kalau tak silap. Part booking adik huda uruskan, jadi huda tahu hulur duit jer lah, hehe.
Aktiviti family day kali ni adalah.....
MAKAN.. dan makan...hehe
Cuma family day kali ni, menu kami bahagi-bahagikan ikut family yang in-charge untuk beli barang dan masak. Jadi takde lah asyik lah muka sama yang duduk kat dapur kan..
Antara menu yang paling banyak adalah AYAM KOREA ni!
Aktiviti lain adalah anak-anak berendam dalam swimming pool yang terdapat di Villa ni
Lepas tu pergi ke pantai Telok Kemang. Main ombak, main pasir, main bola tampar dan juga photoshoot!
Setiap kali berkumpul, huda memang akan sebak, sebab huda jer sorang yang duduk paling jauh antara adik beradik dan nak jumpa pun memang harapkan ada kenduri dan juga cuti sekolah kalau dapat balik ke kampung.
Perkara paling bahagia bila family day ni, selain dapat penuhkan perut dengan makanan sedap-sedap , adalah dapat tengok mak abah senyum gembira. Mereka sudah tua, berpuluh tahun berkorban nak besarkan kami sepuluh orang adik beradik. Semoga kami semua dapat bahagiakan mereka sampai syurga. Amin...
Family day kali ini juga mak abah sampaikan amanat agar event family day ni diteruskan setiap tahun walau mereka sudah tiada. Ia salah satu cara untuk kami adik beradik, ipar duai dan anak-anak saudara semua lebih rapat.
Family day kali ini juga mak abah sampaikan amanat agar event family day ni diteruskan setiap tahun walau mereka sudah tiada. Ia salah satu cara untuk kami adik beradik, ipar duai dan anak-anak saudara semua lebih rapat.
InshaAllah, semoga panjang umur , murah rezeki keluarga kami dapat berkumpul lagi di program family akan datang di lokasi yang lain pula.
1 Comments