Giveaway HasrulHassan.Com - Wang Tunai dan Premium Blogger Template




Hai rakan-rakan blogger semua! Korang mesti kenalkan blog HasrulHassan.Com. Blogger otai yang tidak kedekut ilmu blogging . Huda tak pernah jumpa beliau tapi kerap kali rujuk blog beliau untuk dapatkan ilmu tentang tips blogging dan Google Adsense

Menjadi blogger sepenuh masa memang mencabar macam huda yang baru beberapa tahun dalam dunia blogging. Namun semangat blogging semakin kuat bila mengikuti blog Hasrul Hassan  yang menulis blog aktif sepenuh masa sejak 2010. Kagum weh!! Hanya dengan blogging boleh jana pendapatan untuk teruskan kelangsungan hidup. Huda pun pilih jalan blogging ini sebagai sumber pendapatan untuk hidup, jadi huda wajib follow otai-otai blogger seperti beliau.

 Keistimewaan blog HasrulHassan.Com pada pandangan huda adalah : -

1) Susun atur yang menarik dan kemas. Dari header sampai lah footer blog. Sangat mudah nak rujuk bila ada info yang huda nak cari

2) Penulisan blog yang santai dan mudah dibaca dengan susunan ayat dan bahasa mudah difahami.

3) Memberi idea kepada blogger untuk tambah pendapatan sampingan dengan iklan-iklan dan perkongsian idea kerja dari rumah. Ini sangat penting untuk huda yang jadi suri rumah sepenuh masa ni.

4) Ilmu blogging yang sangat luas dan padat, dari basic step  ke troubleshooting blogging dan iklan adsense . Serius sangat-sangat berguna dan membantu huda selesaikan macam-macam masalah teknikal dalam setting blog .

5) Isi kandungan blog tidak terhad untuk isu teknikal blogger sahaja, namun merangkumi topik gaya hidup dan percutian yang memberi informasi yang menarik dan memberi panduan pada mereka yang memerlukan. Maka blog Hasrul Hassan.Com ni korang boleh dapat kan macam-macam ilmu dan panduan. Serius boleh baca blog ni sampai berjam-jam tau, sebab menarik dan padat dengan ilmu.

Itu sahaja pandangan huda tentang blog dari Hasrul Hassan.Com ini. Jom rakan-rakan blogger kita meriah kan giveaway ni dan doakan huda murah rezeki dapat menjadi pemenang bertuah giveaway ni.. Amin.. 

Post a Comment

2 Comments

Sii Nurul said…
waahh.. jarang2 nie Tuan Hasrul Hassan buat GA.. Wajib join nie..
Selamat bersegmen.. semoga dimurahkan rezeki