Advertisement

Apa Plan Cuti Sekolah ni??


Huda saja tanya The Arifs cuti sekolah dah nak start lagi sehari.. So apa yang diorang nak? Sekali jawapan , amboi-amboi kemain lagi jawapan macam mama papa ni duit kepok-kepok jer.




Dengan bersahaja Abang Arif Haikal jawap.. saya  nak pergi KL. Saya nak pergi family day kumpul ramai-ramai dengan cousins semua, main-main sampai penat.


Si adik Arif Hakim pula jawab, saya nak pergi LEGOLAND. Lepas tu kita pergi KL, rumah aunty kesayangan diorang dan nak mandi pool. 



Mama krik-krik jer dengar jawapan anak-anak. Throwback gambar-gambar di atas time birthday trip. InshaAllah ada lah rezeki kita sekeluarga spend time bersama dan buat The Arifs senyum camni lagi...

Semoga murah rezeki anak-anak mama. Amin.. Kita tunggu sponsor yer anak-anak... hihi...

So far perancangan utama cuti sekolah akan datang ni nak bawa diorang balik kampung awal bulan 12 untuk berkhatan berjemaah dengan cousin lelaki semua, dalam 5 orang akan berkhatan sekali. Sediakan duit jer lah RM 120 sorang untuk sunat guna laser. Fuh boleh tahan harga yer kan... mujur sekali seumur hidup jer kan anak-anak..hehe...

Tu jer lah plan yang ada, plan lain memang takde. Berdoa dan berharap rezeki anak-anak mengalir macam air terjun, InshaAllah. Mampu usaha apa terdaya, bab rezeki semua Allah dah tentukan.
Korang pulak plan apa cuti sekolah akan datang ni? 

Post a Comment

0 Comments