Resepi Seafood Sandwich ala-ala Subway


Resepi Seafood Sandwich ala-ala Subway | Arif dah banyak kali ajak pergi Subway, nak makan sandwich favourite dia iaitu seafood and crab. Asyik la bertangguh nak ke sana, sebab jauh dari rumah dan jugak agak berkira nak makan sana. Yerla, dah sekeluarga makan tu memang berpuluh-puluh ringgit jugalah kan. Sorry anakku, mama tengah saving untuk trip holiday kita lagi 5 bulan. Kena start saving sekarang, dan banyak expenses yang huda cuba cut especially part makan kat luar. Selagi mampu dan ada mood rajin memang huda akan masak dan tunaikan hajat anak-anak nak makan apa. Maka terhasilkan menu breakfast ala-ala subway. Jom huda kongsikan resepi seafood sandwich ala-ala Subway yang sedap! 


Ini subway yang betul-betul. Abang Arif kalau makan ni memang tak toleh kiri kanan, makan sampai licin. Huda ceduk sikit resepi dari sini, dan yang pasti huda nak mudah dan pasti sedap! 

Resepi Seafood Sandwich ala-ala Subway


Bahan - bahan:- 



1) 1 mangkuk crab stick yang sudah direbus beberapa minit dan dipotong ikut citarasa


2) 100 gram mayonaise 



3) 1 gram perisa seafood



4) Sayuran-sayuran seperti lobak merah, kobis dan bawang ( huda potong halus semua sebab nak bagi anak-anak makan terus) 

5) Roti 

Cara- cara : - 
Campurkan semua bahan di atas ke dalam mangkuk adunan. Adun sebati. 



Kemudian sapukan di atas roti. Huda bakar sebentar roti dalam toaster untuk roti lebih ranggup dan sedap ala-ala Subway gitu.. 


Dah siap!!

Alhamdulillah, syukur anak-anak dan suami makan dengan berselera dan banyak kali cakap sama lah macam Subway. 



Yeay, jimat duit tak payah dah makan kat Subway, buat sendiri di rumah. Kos pun murah, boleh makan bertambah-tambah dan paling penting air tangan ibu pengikat kasih sayang keluarga. 

Post a Comment

2 Comments

emarieys said…
buat sendiri lagi jimat..dapat makan berulang
aishah said…
mane nk dpt garam perisa seafood?