Bercuti di Pulau Kapas Sempena Birthday Trip Adik Hakim ke 5 Tahun. | Pada 10.10 yang lepas birthday anak bongsu huda yang ke 5 tahun. Annual trip setiap kali birthday anak-anak huda memang akan bawa mereka holiday. Lokasi untuk birthday trip adik hakim yang ke 5 pada tahun 2019 ini adalah Pulau Kapas. Best ke holiday ke Pulau Kapas ni? Berapa budget nak bercuti ke Pulau Kapas? Okay, jom baca travelog huda ke Pulau Kapas, sedikit sebanyak boleh memberi panduan untuk korang untuk bercuti ke Pulau Kapas nanti.
Travelog Bercuti ke Pulau Kapas
Pilihan Penginapan
Pulau Kapas ni ada pelbagai pilihan penginapan ada jenis chalet, dorm atau resort. Semua bergantung pada korang nak stay di mana. Antara pilihan penginapan di Pulau Kapas adalah: -
- Kapas Turtle Valley
- Captains Longhouse
- Longsha Campsite
- Koko Restaurant & Dorm
- Kapas Island Resort
- Pakya Seaview Chalet
- Kapas Beach Chalet
- Ombak Kapas
- Kapas Coral Beach Resort
Selepas huda buat survey melalui baca blog dari travel blogger yang sudah bercuti ke Pulau Kapas, huda memilih untuk bercuti bersama keluarga di Kapas Coral Beach Resort.
Lepas huda dah decide nak stay di mana, huda terus hubungi Kapas Coral Resort untuk tujuan booking bilik. Huda tak amik mana-mana pakej, huda hanya booking bilik dan juga boat transfer sahaja.
Lepas huda dah decide nak stay di mana, huda terus hubungi Kapas Coral Resort untuk tujuan booking bilik. Huda tak amik mana-mana pakej, huda hanya booking bilik dan juga boat transfer sahaja.
Nak booking whatsapp jer nombor ni : +6014-318 5454
Budget ke Pulau Kapas
Okay, part budget ni yang paling penting kan? Sebenarnya budget ke Pulau Kapas merupakan budget yang paling murah tau jika nak compare nak ke pulau-pulau lain.
Ini rate harga bilik di Kapas Coral Beach Resort dan juga rate boat transfer 2 ways .
Superior : RM 180 per night
Boat transfer 2 ways by MGH
Adult : RM 40 per pax
Child : RM 20 per pax
Huda tak amik pakej, sebab pilih nak snorkeling depan resort jer dan juga bekalan makan, beli awal-awal dari Marang dan bawa ke Pulau.
Sewa snorkeling set RM 10 dan RM 5 untuk life jacket.
Untuk makan dinner sahaja kami sekeluarga makan di Cafe Resort tempah menu yang bayar di kaunter on the spot. Nasi Goreng harga RM 9 satu pinggan. Okay lah tu, rate harga kat pulau kan.. Nak jimat minum air kosong jer, sebab air teh harga RM 5 tau. Okay, boleh kira-kira budget ikut berapa pax yang nak pergi.
Budget untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak ( 7 dan 5 tahun)
Budget untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak ( 7 dan 5 tahun)
- Bilik : RM 180
- Bot : RM 120
- Dinner : RM 28
- Snorkeling set : RM 15
- Parking : RM 8
TOTAL : RM 351.00
* tidak termasuk budget minyak kereta dari rumah yer.. ni fokus budget di pulau sahaja
Itinerari 2 Hari 1 Malam di Pulau Kapas
Hari Pertama
12 Oktober 2019 | SABTU
Kami pilih naik boat yang pertama ke Pulau Kapas iaitu pukul 9 pagi. Kami sampai ke jeti agak awal, pukul 8.15 pagi. Lepas huda ke kaunter 2 ( MGH Boat) di Jeti Marang untuk collect tiket boat, terus bergerak pergi cari parking. Owh, sebelum cari parking huda singgah beli makanan di Pasar Marang yang berdekatan dengan Jeti. Beli bekalan makanan nasi ( Nasi minyak RM 3 sebungkus) untuk lunch dan juga beli bihun goreng ( RM 1.20 sebungkus) untuk breakfast di Pulau.

Pukul 8.45 am kami dah siap sedia naik boat, sebelum pukul 9 lagi boat dah gerak. Perjalanan dari Jeti Marang ke Pulau Kapas pun sekejap sahaja ( 15 - 20 minit) , dan naik boat saiz besar jadi tak terasa hentakan macam naik speed boat macam tahun lepas kami ke Pulau Perhentian.
Sampai jer di Pulau Kapas, terus letak beg di resort dan hanya boleh cek in pukul 2 petang, jadi kami habiskan masa berkelah dan main air dari pagi sampai ke 2 petang.
Kami hanya main air dan snorkeling di kawasan pantai betul-betul depan Kapas Coral Beach Resort. Ikan di sini sangat jinak, jadi memang best main air dan tengok ikan berenang. Walau berjam-jam habiskan masa memang tak puas tengok keindahan Pulau Kapas ni. Jom layan gambar-gambar kami di sini.
Pukul 2 petang, kami pun cek in ke bilik yang terletak di bangunan belakang chalet2 yang warna putih ni. Okay lah puas hati dengan keadaan bilik yang selesa untuk kami. Owh ya, dalam bilik ni tiada kemudahan kettle untuk masak air panas, kopi dan teh pun takde yer. So standby lah bawa makanan dan air sebelum datang. Ada TV pun tiada siaran. hihi.. xpe lah kan, datang pulau, enjoy view puas-puas, balik rumah lah baru nak tengok TV.
Kami rehat solat zuhur dan paksa anak-anak tidur. Risau diorang penat sangat. Lepas solat asar baru keluar semula ke pantai.
Kami main bola bersama-sama di pantai habiskan waktu petang di Pulau Kapas. Niat hati nak layan sunset tapi sebab ada awan tebal yang halang matahari, tak dapat nak tengok.
Balik bilik dan bersiap untuk solat Maghrib dan Isyak. Sementara tunggu solat isyak, layankan The Arifs main SAIDINA. Game ni pun huda bawa dari rumah, standby jer sebab anak-anak ni kalau takde aktiviti mulalah diorang bosan kan.. Lepas solat isyak terus ke Cafe untuk dinner.
Huda beli 2 pinggan nasi goreng dan 1 pinggan mee goreng ( The Arifs kongsi jer ) dan juga sky juice 3 gelas. Okaylah harga dalam RM 28. Sambil makan, kami layan live band performance. Masyuk sangat dengan alunan lagu dengan biola ni. Moment yang paling tak dapat lupa sebab kami sangat-sangat enjoy. Habis makan, jalan-jalan tepi pantai, layan angin dan juga menikmati keindahan malam dan bulan yang cerah. Perfect Night! Makanan sedap, hiburan lagu terbaik dan permandangan yang indah!
Hari Kedua
13 Oktober 2019 | AHAD

Lepas subuh dan kejutkan anak-anak bangun tidur, terus tukar baju swimming suit. Arif dah request nak snorkeling lagi pagi ni. Pagi dalam pukul 7 lebih, ombak kuat sangat. Jadi kami tak boleh nak main air. Konon nak main awal-awal sebelum ramai orang dan boleh la balik ke darat cepat. Jadi kami jalan-jalan jer dan bergambar di port yang cantik2 di Pulau Kapas. Menyesal pulak tak bawa kamera dan tripod. Jadi harapkan kamera phone encik suami jer lah, phone huda masuk air laut semalam dan start problem. Hmmm... redha jer lah..
Habis bergambar sakan dalam pukul 8 lebih. Ombak dah start berkurang. Jadi bagi jer la anak-anak masuk air sebab diorang dah tak tahan nak main. Ikan pun dah nampak berenang di gigi air. Maka sambung misi habiskan bekalan satu peket roti untuk bagi ikan makan.
Seronok sangat dapat bagi anak-anak main dengan bebas dan terokai hidupan laut ni. Arif pun dah pandai snorkeling. Bukan main excited dia.. Adik hakim masih belum pandai snorkeling tapi air di Pulau Kapas ni memang sangat jernih, tak snorkeling pun dah nampak ikan warna warni. Itu pun dah cukup teruja.

Dalam pukul 10 pagi, kami dah masuk ke bilik dan bersiap-siap untuk pulang. Kemas bilik dan urusan check out selesai dalam pukul 11 pagi. Boat untuk pulang ke darat dalam pukul 11.30, jadi tunggulah setengah jam menikmati sisa-sisa waktu di Pulau Kapas dengan tengok permandangan indah.
Alhamdulillah, perjalanan kami pergi dan balik dengan MGH Boat memang lancar dan rasa selamat. So recommended guna perkhidmatan MGH Boat ni ke Pulau Kapas, sebab saiz besar dan lebih stabil. Anak-anak pun enjoy dan takde takut sangat macam naik speed boat yang rasa macam nak melayang jer..

Habis dah cerita kami 2 hari 1 malam di Pulau Kapas. Overall, sangat best dan misi nak happykan anak dan happykan diri sendiri tercapai, hehe.. Tak sabar nak next vacay...
24 Comments
Kita dah klik. All the best. 😊💞