Tempah Kek Harijadi di Dnialicious, Kedai Kek Sedap Kuala Terengganu

Tempah Kek Harijadi di Dnialicious, Kedai Kek Sedap Kuala Terengganu


Bulan Ogos 2019, merupakan bulan paling banyak huda makan kek. Maklumlah bulan hari jadi kan, so takpelah nak makan kek banyak-banyak kan? hehe.. Bulan ni 3 kali huda celebrate birthday dengan makan kek, kali pertama masa celebrate advance birthday, kali kedua celebrate bersama kawan-kawan di KL. Untuk kali ke tiga ni, huda celebrate berjemaah bersama dengan geng blogger ganu yang lahir pada bulan Ogos. Nak cari kek harijadi makan ramai-ramai , mestilah nak cari kek yang sedap kan?


Teringat pula, kedai kek kegemaran huda sejak bertahun-tahun sejak berpindah ke Kuala Terengganu. Asal ada event yang nak diraikan, huda mesti beli kek di sini. Kira huda ni memang pelanggan setia tau. Kek yang paling huda teringat-ingat adalah time celebrate Anniversary Wedding ke 5. Time tu, encik suami bagi suprise , tu yang tak boleh lupa. hehe..

Okay, sambung cerita pasal kek yang Huda tempah sempena majlis gathering geng blogger untuk sambut birthday August Baby. Kami kumpul dan sambut pada hari terakhir bulan Ogos, iaitu pada hari merdeka, maka kek kami pun tema merdeka.


Antara geng blogger yang sambut birthday bulan Ogos - Huda, Sis Gee, Husniey dan Shada


Pelbagai Jenis Kek di Dnialicious



Untuk warga Kuala Terengganu, atau mereka yang nak bercuti di sini dan sambut special event, boleh lah tempah macam-macam jenis kek di Dnialicious Cake House.. Jom cuci mata tengok macam-macam jenis kek yang ada.


  • Kek Ready Made
  • Kek Custom Made
  • Kek Monogram
  • Kek Fondant
  • Cupcakes
  • Printed Edible Cake
  • dan macam-macam lagi...

Tempahan kek untuk pelbagai majlis seperti majlis harijadi, majlis perkahwinan, majlis pertunangan, dan juga majlis ulang tahun syarikat.




 

Servis lain di Dnialicious Cake House


Selain daripada menyediakan kek, Dnialicious juga menerima tempahan untuk gubahan bunga dan coklat, belon helium dan suprise delivery



Promosi September!!

AWESOME SEPTEMBER
3 IN 1


RM 99
( Normal price RM 110 )

  • Bouquet fresh flower + chocolate
  • Fresh cream cake S
  • Helium balloon 3pcs
  • Free card!
  • Free delivery within 7km


Berminat untuk buat tempahan di Dnialicous ?

Boleh hubungi nombor di bawah :-

📱 Whatsapp :  0179087745 ( soalan/tempahan)
📞 Kedai 096221163 ( untuk ready stock )

Dnialicious Cake House
🗓 Buka setiap hari
⏰ 930 am - 930 pm ( Jumaat rehat 1230-230 )
🏬 Jalan Pasir Panjang (sebelah farmasi )

Follow di laman sosial untuk promosi terkini : 



Post a Comment

1 Comments

Husniey Husain said…
Semua deco kek tu nampai cantik sangat.. Best sesekali celebrate ramai terus.