Alhamdulillah...
Murah rezeki kami, dapat juga capai wishlist nak bawa The Arifs sambut birthday di hotel.
Birthday kan setahun sekali, apa salah yer manjakan anak-anak. Cipta memori indah dikotak memori mereka. Dulu huda kecik2 tak berpeluang merasa dapat suprise birthday getaway. Dulu cara upbringing parent lain, dan komitment keluarga yang besar, jadi huda tak kisah pun.. impian tak dapat capai masa kecil. Sekarang dah jadi parent, huda nak tunaikan impian huda masa kecil dengan hadiahkan suprise birthday getaway setiap kali birthday anak-anak. Jadi apa yang huda pernah impikan dulu, huda realisasikan untuk anak2 rasa. Nikmat bahagia tengok anak-anak gembira rasa puas sangat. Berbaloi kami suami isteri penat berkerja siang malam mencari rezeki untuk anak-anak.
Lokasi pilihan huda adalah sebuah resort tepi pantai yang terletak di Kuantan,Pahang. Sebenarnya, bukan senang nak cari resort yang affordable dan tawarkan kemudahan terbaik untuk percutian keluarga. Namun huda terus tertarik untuk menginap di Swiss Garden Beach Resort Kuantan sebab resort ini telah mendapat pengiktirafan sebagai Best Family Beach Resort Asia 2019.
Tempah Swiss Garden Beach Resort Kuantan di AGODA.
Huda habiskan seharian suntuk survey harga yang paling berbaloi (murah). Kena jadi pengguna bijak, maka huda memang akan survey hampir ke semua aplikasi tempahan hotel online.
Alhamdulillah dari harga nak cecah RM280 huda berjaya booking bilik harga serendah RM145.20 sahaja melalui AGODA!!
Ini pun setelah berjaya dapatkan rate promosi last minit deal, super hot deal dari Agoda, dan gabung diskaun dari Boost. Huda tempah bilik sahaja yer, sebab tu dapat harga terlajak murah.
Suprise Decoration Bilik di Swiss Garden Beach Resort Kuantan
Huda dan keluarga sampai ke hotel dalam pukul 4 petang. Sehari sebelum tu huda dah minta arrangement dari pihak hotel untuk buat suprise decoration yang simple2 jer untuk bagi The Arifs excited!
Prepayment sebanyak RM50 huda kena bayar utk simple decoration birthday.
(Kalau korang ada budget,boleh tempah decoration lagi gempak dengan kek sekali dengan harga RM250) .
(Kalau korang ada budget,boleh tempah decoration lagi gempak dengan kek sekali dengan harga RM250) .
Alhamdulillah, penuh bilik dengan belon. Ada belon helium, memang syok The Arifs main sampai tak reti penat. Puas melompat atas katil, diorg bawa belon masuk bath tub pula. Layankan jer diorg nak buat apa.. asal, anak2 happy.
Swiss Garden Beach Resort Kuantan Memang Family Friendly!!
Dah dapat award best family resort kan, so huda expect macam2 lah kemudahan untuk anak2. Memang ternyata anak2 sangat suka menginap di sini kerana: -
1) Kids Pool yang menarik, siap ada slide khas untuk kanak-kanak
Puas The Arifs main air petang dan pagi . Cukuplah kan dua kali main air sampai penat.
Si adik Hakim memang main kat sini jer la, naik slide sekali dua jer..
Si abang Arif Haikal pula jenis berani, jadi berapa juta kali entah dia naik slide ni. Siap dia kata, pendek sangat slide kat sini.. Aduhai anakku, memanglah slide ni untuk kanak-kanak jer. Suka sangat demand lebih2 tau.
2) Young Citizen Of The World Club
Panjang bebenor nama kids play room di Swiss Garden Beach Resort Kuantan ni kan. The Arifs biasa panggil playroom jer. Diorang lepak kat sini sampai lah nak tutup ( 10 malam bilik ni dah tutup, esok pagi baru buka semula).
Banyak juga mainan boleh main di sini, anak-anak memang puaslah. Especially bila dapat main nerf gun tembak2. Lepas tu main lego , memang favourite diorang. Tapi lego di sini takdelah sebanyak di Legoland Hotel. ( Rindu yer nak stay di Legoland Hotel lagi!! )
Lagi satu keistimewaan kids room ni yang buatkan The Arifs suka sebab ada kemudahan IPAD yang ada macam2 games untuk kanak2 dan juga games Xbox. Memang puas lah diorang main. Memang mood holiday sungguh la diorang main macam-macam, sampai lepas check out pun masih duduk di kids room sampai petang.. Tapi takdelah lewat sangat dalam pukul 2 lebih huda dah ajak balik...
3) Sangat dekat dengan pantai.
Resort ni memang terletak di pantai Balok Kuantan. Jadi bangun pagi dalam pukul 6 lebih kami dah turun dari bilik hotel menuju ke pantai untuk menikmati keindahan matahari terbit.
Resort ni memang terletak di pantai Balok Kuantan. Jadi bangun pagi dalam pukul 6 lebih kami dah turun dari bilik hotel menuju ke pantai untuk menikmati keindahan matahari terbit.
Pantai di sini landai, sangat best untuk anak2 main pasir dan main ombak pantai.
Ada 3 benda ni, dah heaven sangat dah untuk percutian yang sempurna bersama keluarga tersayang.....
Kemudahan lain di Swiss Garden Beach Resort Kuantan
1) Gym
2)Sauna Room
Sauna room juga berada di lokasi yang berhampiran. Huda jer tak sempat nak spend me time, sebab fokus layan anak2 jer.
3) Outdoor Jacuzzi
Outdoor jacuzzi ni terletak bersebelahan kids pool.
4) ATV
Plan asal nak naik ATV round2 tepi pantai. Tapi rate yang agak mahal iaitu RM40 untuk 15 minit kot kalau tak silap(sorry terlupa). Terus lupakan jer hasrat tu.. yer lah, kalau nak naik berempat dah jadi beratus habis.
5) Reading area
Berada berhampiran lif di kawasan hujung lobi. Masa nak cek out baru perasaan reading corner ni.
6) Restaurants
Ada restoren cina dan restoren biasa. Tak try pun makan kat sini.
Huda memang tempah bilik sahaja sebab berdekatan hotel ada banyak pilihan kedai untuk makan malam. Untuk breakfast juga ada kedai makan berhampiran dengan hotel. Jadi kos makan boleh jimat banyak.
Kami hanya stay 2 hari 1 malam, dan kami manfaatkan sepenuhnya masa untuk luangkan family time yang berkualiti. Aktiviti waktu petang dan pagi di kolam renang, manakala waktu malam dan tengahari di Kids Room.
Huda rekemen untuk korang bawa anak2 datang holiday ke sini. Semua ada, pantai ada, kolam renang yang bersih dan mesra kanak2 ada dan juga macam2 aktiviti menarik ada di sini.
Kemudahan dalam bilik pun okay, bilik luas, bersih , ada bath tub. Kira lengkaplah semua.
Mungkin kami juga akan repeat datang bercuti ke sini lagi di masa akan datang sebab Swiss Garden Beach Resort Kuantan memang BEST!!
Kemudahan dalam bilik pun okay, bilik luas, bersih , ada bath tub. Kira lengkaplah semua.
Mungkin kami juga akan repeat datang bercuti ke sini lagi di masa akan datang sebab Swiss Garden Beach Resort Kuantan memang BEST!!
7 Comments