Shopping Tripod Untuk Kamera di Shopee


Shopping Tripod Untuk Kamera di Shopee | Sejak dah ada mirrorless kamera sendiri ni, huda rasa memang wajib beli tripod untuk kamera. Tripod ini biasa di gunakan untuk menstabilkan kamera dan juga untuk meletakkan posisi kamera ke aras lebih tinggi. Kebetulan menang contest Shopee, jadi huda shopping tripod camera di Shopee, hehe...jimat la duit sendiri sebab boleh deduct kupon RM50 .




Huda beli tripod dari seller di atas dengan harga yang mampu milik. Walau sebenarnya banyak sangat pilihan tripod di Shopee , ada yang harga murah tak masuk akal. Agak lama juga huda survey satu2 harga dan juga review dari mereka yang pernah beli. Akhirnya, tripod ini yang paling berkenan.

Lepas dapat tripod ni, keesokan paginya huda ajak encik suami pergi photoshoot outdoor. Tripod ni sangat mudah di bawa travel sebab ada beg. 


Lokasi yang dipilih area rumah jer, tengah sibuk tak de masa nak jalan jauh2. 


Tengah khusyuk set up tripod. Cantik kan lokasi ni, belakang Chalet Anees, sebelah DRumoh Pata.



Puas hati dengan kestabilan dan tahap ketinggian tripod ni.

 Closed up. Jenama dari China, manual cara guna pun bahasa cina..hehe. Jadinya main try test function tripod ni. Okay lah boleh adjust ketinggian sehingga 145 cm, boleh amik gambar panorama dan adjust kiri ke kanan, atas ke bawah . 

 Bagus ada water level atau bubble level di kaki tripod dan juga di bahagian atas adjusting knob. 


Alhamdulillah, tersangat puas hati dengan tripod yang huda beli di Shopee ni. Sangat stabil untuk menampung berat kamera fujifilm AX 10 yang seberat 330 gram ni.

So, kalau korang juga mencari tripod terbaik untuk mirrorless camera, boleh lah beli di Shopee. 

Post a Comment

1 Comments

  1. wah best.. un satu lagi belum dapat, microphone for camera..wish me get it ya

    ReplyDelete