Advertisement

Pesanan Ibu.. Ada Duit Nak Buat Apa??


Pesanan Ibu.. Ada Duit Nak Buat Apa??  | Pesanan ibu ini bukan dari ibu huda tau, dari ibu siapa tak tahu. Sebenarnya ada rakan facebook share, dia pun dapat dari siapa tak tahu. Yang pasti pesanan tu sangat bagus dan buat huda teringat-ingat. Maka terus rasa nak kongsi juga dalam blog. 


PESAN IBU YANG MEMBUAT SAYA TERSENTAK ....


"Ingat nak. Kadang-kadang orang beli rumah, mereka terlupa yang umur dia makin lama makin meningkat tua.

 Tenaga kita pun bukan semakin bertambah.


Berapa ramai orang yang beli rumah dua tingkat, tiga tingkat, akhirnya cuma guna bilik kecil di tingkat bawah dan yang paling hampir dengan tandas.


Katil yang tinggi dan mewah, turun ke lantai.

 Dapur yang di 'renovate' berpuluh ribu diganti dengan meja makan 20x40 inci tepi katil.

 Kolam renang cuma mampu dilihat. 

Besen berisi kain buruk yang diletak ditepi katillah kolam renang kita.


Kita fikir nak senangkan anak-anak, tapi bila kita tua dan mati, anak-anak dah ada rumah sendiri. 

Design rumah 30 tahun akan datang tak sama dengan sekarang. 

Taknak mereka duduk rumah pusaka. 

Akhirnya dijual. 

Kalau rambang mata silap-silap pusaka kita jadi fitnah bergaduh sesama saudara.

Ambillah jalan sederhana. 

Beli rumah yang cukup-cukup untuk kita berselisih bahu dengan ahli keluarga.

 Lebih mesra. 

Bukan yang 10 kali laung pun tak muncul-muncul depan muka.

 Lebihan duit yang ada, binalah rumah mewah utk keluarga kita disyurga sana."

Bak kata ustaz :

 Buat apa mu dok simpan duit banyak-banyak? Untuk anak cucu ustaz. Anak-anak cucu mu ada rezeki masing-masing di usia tua, savings mu tak dapat menolong pun dalam kubur.


ADA DUIT - DERMA atau kembara lihat ciptaan ALLAH SWT

Huda pun terus matikan niat nak ada rumah besar-besar. Cukup sekadar rumah semi -d setingkat macam kami tinggal anak -beranak empat orang sekarang.

 Huda memang nak hidup sederhana. Nak anak-anak membesar dengan penuh rasa rendah diri dan tenang. Hidup ni dah takde "nafsu" nak kejar harta dunia. Pakai barang berjenama, risau takut ujub, takabur dan riak. Jadi pilih pakai dan guna jenama biasa-biasa jer. Dari membazir beli barang mahal2, huda memilih untuk saving dan penuhkan tabung travel. 

InshaAllah ada rezeki lebih huda nak bawa anak-anak berjalan lihat alam ciptaan Allah yang luas dan juga jejakkan kaki ke Tanah Suci. 

Post a Comment

0 Comments