Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]


Pengalaman Pertama Beli ebook di Lazada | Semalam lepas habis tonton LIVE session sharing dari Tuan Afnan tentang macamana nak get ready dalam masa 90 hari dalam tahun 2019 dan jadikan tahun 2020 is the THE BEST YEAR EVER! , jadi tak boleh tidur. Korang ada dengar tak? Malam ni Tuan afnan nak delete dah link live dia semalam.  Otak ni, dok fikir mana aku nak cari buku-buku yang tuan afnan rekemen suruh baca tu. Fikir harga pun yer jugak.. Duit tengah banyak nak guna untuk travel balik kampung hujung minggu ni. Tapi hati memberontak, nak juga dapatkan buku-buku tu secepat mungkin! 


Maka huda pun search la harga salah satu buku yang Tuan Afnan suruh baca tu. Jumpa pun di MPH online

Hmm, plan nak beli ketiga-tiga buku yang direkemen suruh baca. Aduh.. mesti beratus gak ni habis. Fikir banyak kali nak beli ke tak buku pertama yang huda teringin sangat nak baca ni....

Google lagi, dengan harapan jumpa lah link mana-mana  jual buku murah.

Amazingly... huda pun jumpa link di Lazada, ada ebook judul buku yang huda nak sangat tu dengan harga teramatlah murah yer. Dalam lazada wallet kebetulan memang ada jugak duit, so terus klik2. Yer la harga RM1, memang tak fikir panjang dah. Terus beli malam semalam


Pagi tadi, cek emel seller dah emel kan link untuk ebook. Alhamdulillah. Murah rezeki dapat juga baca buku yang huda teringin nak dengan harga murah. Semuanya dengan izin Allah. Sekarang dah baca few chapters, nanti nak sambung lagi. Habis buku pertama ni nanti, huda terus nak beli ebook judul yang lain pula. So lepas ni, duduk scroll handphone bukan buang masa tau, tapi huda membaca. InshaAllah, small steps nak transform better life in 2020. Yeah!! I will make sure year 2020 gonna be my BEST YEAR EVER!!!

2 comments:

Bottom Ad [Post Page]