Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Kek Edible Printed Image Untuk Birthday Arif Haikal yang ke 7 Tahun



Alhamdulillah, semalam misi huda nak buat Arif Haikal happy tercapai! Few days sebelum birthday dia, huda terfikir nak beli kek apa yer untuk Arif. Kek simple2 jer la, tulis nama dia macam biasa. Tapi bila survey2 online design kek di Dnialicious, nampak pula design kek simple guna edible printed image yang boleh customized. Apa lagi, huda terus cuit Papa yang tengah fokus siapkan kerja. Walau dia sibuk dengan workload design dan buat website customer, huda tetap request dia designkan kek birthday Arif Haikal dengan karekter favourite dia.


Ini merupakan design asal yang Papa telah designkan. Kemudian design ini di print di atas kertas icing dengan edible ink. Kitorang serahkan design pada kedai kek dan mereka uruskan semua hal print dan juga siapkan kek sampai cantik.

Arif Haikal memang minat sangat dengan siri Numberblocks yang dia tonton melalui Youtube. Bagi huda, bagus kartun ni sebab anak-anak boleh belajar matematik dengan cara yang santai dan menarik. 



Hasilnya memang terbaik. Kami puas hati dan Arif Haikal lagilah teruja. Dia kata biasa kek ada tulis nama dan Happy Birthday jer, ni siap ada gambar numberblocks favourite dia. Dia punya happy, tak tergambar dengan perkataan tau. Huda dan suami pun syukur dapat bahagiakan anak sulung kesayangan kami ni.



Alhamdulillah, 5 September 2019 sudah berlalu dan dapat bahagiakan Arif Haikal. Birthday getaway sudah, suprise kek birthday pun sudah. Hadiah jer tunggu Shopee hantar. 
Next , bulan depan pulak birthday si adik. Nanti lah mama fikirkan yer nak buat suprise apa pulak kat anak mama. 


2 comments:

  1. hntar je design kat kedai kek ke macamna huda. memang boleh buat gitu eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, huda wasap kedai kek tanya pasal nk tempah kek edible printed image dgn design sendiri. rasa semua kedai kek boleh rasanya

      Delete

Bottom Ad [Post Page]