Gathering Blogger di D'Rumoh Pata Sempena Sambut Birthday August Baby

Gathering Blogger di DRumoh Pata Sempena Sambut Birthday August Baby 


Alhamdulillah, tak sangka menjadi juga perancangan kami. Teringat masa majlis gathering potluck raya bulan Jun yang lepas. Kami borak-borak tentang bila lagi nak gathering lagi, sekali masing-masing berkongsi idea tentang nak sambut birthday sekali, sebab ramai juga yang sambut birthday bulan Ogos. Walaupun jadual huda penuh sepanjang hujung minggu di bulan Ogos lepas, dan free time hanya pada hari terakhir di bulan Ogos. Rezeki ramai yang free juga hari merdeka ,maka terus huda buat last minute planning cari lokasi menarik di Kuala Terengganu.


Lokasi Menarik Untuk Gathering di Kuala Terengganu


Kuala Terengganu memang banyak tempat menarik. Hari ni huda nak kongsi satu lokasi yang lengkap ada semua kemudahan seperti restoren dengan masakan yang sedap, ada pantai, ada surau dan tandas. Bila semua kemudahan ada, nak buat gathering kumpul ramai-ramai, makan dan santai tepi pantai pun syok.

Di mana tu?



Ini lah dia lokasi pilihan huda untuk Gathering Blogger Ganu dan sambut Birthday August Baby sekaligus. Lokasi yang strategik, dan cukup sempurna iaitu di D'Rumoh Pata!

Baca >> Tempat Dinner Menarik di Kuala Terengganu - DRumoh Pata <<

Kemudahan di D'Rumoh Pata


  • Ruang makan yang luas dan selesa 
  • Pilihan menu makan yang pelbagai
  • Permandangan pantai yang mendamaikan
  • Pantai untuk santai bersama keluarga
  • Surau
  • Tandas

Meriah Majlis Gathering Blogger Ganu


Dah berkumpul ramai-ramai ni, baru syok order menu macam-macam dan makan bersama-sama. Antara menu yang kami cuba di sini adalah : -


  • Kengsom siakap 
  • Kailan ikan masin 
  • Ayam bawang putih 
  • Tulang goreng 
  • Siakap 3 rasa
  • Sup sayur udang
Antara menu favorite huda di D'Rumoh Pata. Tulang Goreng, Ayam Goreng Bawang Putih dan Siakap 3 Rasa



Untuk anak-anak pula, menu bihun goreng dan juga nugget dan fries. 


Selain main menu , makanan nasi berlauk, ada juga pilihan menu western dan satay yang sedap. 

 Seronok dapat berkumpul dan makan ramai-ramai camni. Tempat cantik, syok makan sambil layan bayu laut, perut kenyang senang hati masing-masing. 


Terima kasih D'Rumoh Pata atas servis yang tip top sepanjang majlis gathering kami tempoh hari!

Berminat nak buat majlis di sini jugak?


Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi 0129848844 dan follow media sosial


FB: DRumah Pata
Instagram : drumoh_pata


Post a Comment

1 Comments

Nieyla Nadia said…
bestnya tepi pandaiiii...sesuai la nak buat candle light dinner ala-ala bali gitu hehehe