Borong Keropok Seameq di Gudang Seameq Kuala Terengganu



Borong Keropok Seameq di Gudang Seameq Kuala Terengganu | Alhamdulillah, ceklist hari ni dah setel. Hujung minggu ni adik huda nak kahwin, jadi mak huda di kampung ada pesan sebelum balik kampung, beli borong 200 pcs keropok Seameq untuk letak dalam goodies bag untuk tetamu yang hadir nanti. Mak huda kata, kenduri kahwin kali ni, kita support produk keluaran muslim lagi bagus, yer la sebelum ni beli produk-produk di kedai borong cina jer bila nak beli makanan untuk goodies bag tetamu. 


Alhamdulillah, jarak rumah huda nak ke Gudang Keropok Seameq takdelah jauh sangat. Bulan lepas huda dah borong 200 pcs, hari ini pula borong lagi 200 pcs. Gudang Keropok Seameq ni terletak di Kampung Tok Jiring, Kuala Nerus, Terengganu. 




Berikut adalah harga-harga keropok yang boleh di beli di Gudang Keropok Seameq. 





 Selain dari keropok yang dipacking dalam plastik di atas, ada juga pilihan keropok lekor frozen di sini. 


Huda suka pergi sini awal pagi, dalam pukul 8 pagi. Senang nak memilih sebab orang tak ramai dan kedai pun baru buka. Owh ya, gudang keropok Seameq ni buka seawal pukul 7.30 pagi tau, tutup pun lewat dalam pukul 11 malam kalau tak silap. Jadi untuk pelancong nak singgah ke sini borong keropok seameq memang sesuailah. Kalau korang tak pernah makan keropok seameq ni kena try tau, serius sedap. makan tak cukup satu bungkus. hehe...
Untuk maklumat lanjut, boleh terus walk in ke Gudang Seameq atau hubungi nombor di bawah. 

Gudang Keropok Seameq
Lot 2241-C Jalan Kelantan, KampungTok Jiring
21060 Kuala Nerus,Terengganu

Facebook : https://www.facebook.com/seameq/
No Telefon: 019-983 3849
www.wasap.my/60199833849/doorgifterusdepanpintu

Post a Comment

2 Comments

Unknown said…
salam

saya nak mencuba beli secara borong untuk
KOD 2665 POS KE SRI KEMBANGAN SELANGOR
1st saya nak start dengan 500 bunkus
quotation harga pos

djanchar
0124044170
Huda Halid said…
boleh klik di link whatsapp di dalam artikel yer. terima kasih