Jom Gunakan Produk Keluaran Muslim , Sokong dan Naikkan Ekonomi Umat Islam








Sebagai orang muslim, kita semua di sarankan untuk menyokong produk keluaran muslim. Siapa lagi nak naikkan ekonomi umat islam kalau bukan kita sendiri kan? Usaha kita yang nampak simple jer, dengan penuhkan bakul troli shopping dengan jenama muslim , tapi impaknya sangat hebat! Perbuatan kita sebagai ibu bapa juga memberi impak besar kepada anak-anak kita. Bayangkan anak-anak dah terbiasa tengok mak ayah shopping barang-barang jenama keluaran Muslim, mereka sendiri akan terikut dan pilih jenama pilihan mak ayah, sejak dari mereka kecil sampai dewasa, dari generasi ke generasi. So, korang boleh bayangkan tak betapa besar impaknya kepada ekonomi umat islam pada masa sekarang dan akan datang....



Nak Boikot Boleh Tapi Pastikan Pengguna Produk Muslim Tegar


Hari ni huda nak kongsi sikit pasal isu yang sangat penting yang mempengaruhi lifestyle kita dan juga ekonomi umat islam di Malaysia. Serius jer kan isu ni.. Tapi memang serius pun tau, kita sebagai orang islam tak boleh ambil ringan jer tentang produk-produk yang kita beli dan gunakan setiap hari. Sebab utama huda nak ajak korang semua gunakan produk keluaran muslim semestinya nak kita semua menjaga isu halal dan haram dalam setiap makanan yang kita makan dan juga setiap barangan kita guna. 

Dalam mencari keberkatan dan status HALAL sesuatu produk tu, tidak semestinya kita terlalu taksub sehingga memboikot produk-produk keluaran orang non-muslim.. Cuma kita diberi pilihan , jadi pengguna bijak dan juga kenali produk yang kita nak beli tu sebaik mungkin. Dalam Malaysia ni kan kita hidup dalam masyarakat majmuk, berbilang bangsa dan kaum, jadi jangan terlalu taksub sehingga menyentuh sensitiviti perkauman. Nak boikot boleh tapi pastikan dulu kalian adalah pengguna tegar produk Muslim! Baru boleh gebang gebang hal boikot ni kaw kaw...





 Produk Muslim Banyak Tapi Sayang Tak Ramai Orang Tahu! 


Ini part paling sedih!! Produk muslim banyak tau kat sana sini tapi masih ramai yang jadi blur. Huda tak nafikan mungkin disebabkan rasa keliru dengan begitu banyaknya produk yang diletak nama seakan 'kemelayuan' tapi hakikatnya dikeluarkan oleh syarikat milik non muslim. Isu halal ya mestilah boleh dapat tapi syarikat tuan empunya syarikat bukan milik orang Islam sepenuhnya. Bab ni memang Huda mengaku , Huda sendiri rasa sikit terkilan sebab telah buat Huda pening masa nak beli belah. Letaklah nama yang lebih universal, kenapa mesti nak letak nama seakan bunyi ke arah Islamik. 



Bagi yang ikut pening dengan isu ni, boleh start rajinkan diri Google tentang produk yang memang betul-betul keluaran syarikat Muslim. Tapi Huda percaya memang kebanyakan produk tu yang kita dah sering guna. Sebab ramai yang tak hanya tengok label untuk lihat tanda Halal dan tarikh luput saja. Huda sendiri suka lihat pada nama pengeluarnya juga.



Ramai Barangan Muslim Susah Naik Kerana Persaingan Sebab Kurang Publisiti Juga




Seperkara lagi yang Huda perasan, produk keluaran Muslim ni banyak tapi tak semuanya kita kenal melainkan yang memang famous macam D'Herbs, Yusof Taiyoob, Dato Vida, Das Abdul Global dan Faiza. D'Herbs milik Dato' Alif Shukri sah-sah semua orang kenal. Yusof Taiyoob pun bila tiba saja Ramadhan setiap hari dengan iklan suara berbisik sebut nama jenama kurma ni. Das Abdul Global (DAG) tu pula satu highway nampak gambar iklan billboard dia peluk bantal dengan muka comel lote. Beras Faiza? Siap taja rancangan Bersamamu kat TV3. Tapi jangan lupa yang mereka semua ni datang dari cara yang susah juga sebelum berjaya naik.



Sebagai contoh Dato Vida sendiri, asal cikgu saja kat Kelantan. Lepas tu dia makin naik dengan macam-macam kaedah iklan. Sampai ke Youtube dia ada dengan tagline I AM ME. Begitu juga dengan Dato Alif Shukri yang asalknya hanya berniaga dia pasar tani. Tak lupa Das Abdul Global yang dulunya hanya seorang manager di sebuah resort kat Kelantan. 


Sebut tentang Kelantan, Dato Vida dan Das Abdul Global (DAG) ni sama-sama pengusaha bumiputra islam kelahiran Kelantan. Jenama org melayu, anak muda Kelantan. Huda yang juga tinggal di Pantai Timur ni ikut berbangga dengan pencapaian mereka berdua. 


Huda sebenarnya kagum dengan makin maju perniagaan orang muslim dan makin berani mereka membuat promosi pemasaran secara besar-besaran. Alhamdulillah, sambutan orang ramai terhadap produk muslim semakin meningkat. Pendek kata, usahawan muslim kena berani, dan kita juga sebagai pengguna jangan malu nak bantu promosikan produk-produk keluaran muslim ini di media sosial.


Moga Bisnes Produk Islam Makin Gah Untuk Kutipan Zakat Yang Lebih Kukuh 


Korang tahu tak? Dengan usaha kita menyokong produk Muslim dengan membelinya dan menyebarkannya, ia dikira JIHAD dalam menaikkan ekonomi umat islam. Dalam masa yang sama, kita bukanlah menolak terus produk orang, namun beri keutamaan kepada produk keluaran Muslim. Bila peniaga produk muslim makin maju barulah kutipan zakat juga makin kukuh! Golongan asnaf juga makin terbela. Setidak-tidaknya walaupun kita tidak dapat bantu dengan cara lain tapi kita boleh dari segi ini. Islam tu kan mudah dan kita semua ni kan bersaudara jadi kalau tidak kita yang bantu siapa lagi?


Jom Sokong TAPI Tak Perlu Hingga Tahap Bergaduh Dengan Isu Boikot Produk Cina 


Huda memang tak minat dengan isu politik sebab tu Huda rasa sedih bila lihat makin banyak isu yang timbul. Huda tak cakap Huda tak suka ada kempen ajak guna produk Islam, Huda suka! Cuma Huda tak nak hingga tahap boleh berlaku pergaduhan. Bila timbul isu boikot produk Cina DAP hingga ada yang sampai tahap bergaduh Huda rasa sedih sebab Huda juga ada rakan-rakan baik dari kaum lain. 

Jom kita sama-sama menjadi pengguna bijak dan berhemah! Kita beli produk Muslim untuk bantu ekonomi umat Islam tapi dalam masa yang sama kita janganlah sampai tahap nak bergaduh. Negara kita kecil saja lagi-lagi di saat merdeka begini. Merdekakan diri dari isu, hormati agama masing-masing. Tidak kira kaum apa, sila hormat agama kaum lain dan jangan dengan sengaja suka mencari pasal untuk timbulkan pergaduhan.

Post a Comment

1 Comments

Hayati Suki said…
kita sokong produk muslim :-)