Hadiah Hari Jadi Ke 3 Puluh 3 - Dapat Me Time 12 Jam di Luar!


Setiap tahun mesti semua orang tunggu date birthday sendiri kan? Pastu tertanya-tanya, apalah hadiah hari jadi tahun ni, betul tak? Macam huda, huda suka simple life, expect less and discover more! So tak harapkan sebarang hadiah mahu pun suprise.. Kalau ada tu, syukur banyak-banyak. Instead of celebrate birthday sendiri, huda lebih utamakan dan sanggup berhabis ratusan ringgit untuk birthday anak-anak. 


Okay, huda nak tulis lah dalam diari online ni, memori hari jadi pada 24 Ogos 2019 yang lepas. Langsung tak terfikir dalam peluang Me time macam ni. 12 Jam tau huda berjalan sakan, sendiri! Yup sendiri jer.. tapi along the way adalah jumpa kawan-kawan juga. 

Seawal 10 pagi, huda dah keluar rumah. Lokasi pertama yang dituju adalah SOGO Kuala Lumpur. Bukan pergi shopping yer, tapi pergi "kerja" . Habis kerja, ikutkan plan asal nak ke Bagan Lalang untuk join charity kutip sampah tepi pantai. Tapi plan tak jadi atas sebab2 peribadi. Malas nak share kat sini..hehe

Nampak kitorang cam g event happy2 jer kan, tapi kitorang g kerja ni tau. 


So its okay, plan asal tak jadi, jadi huda terus jer la ikut jer ke mana kaki ni melangkah. Lepas habis event, lepak makan dengan kawan-kawan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari. 

Thanks korang! Mmuuaaahh! Love all 

Aduhai, diorg beli kek pulak.. malulah kita!! Siap nyanyi n tiup lilin lagi. Masa ni tak tahu nak rasa apa. Just be thankful sebab ada kawan2 yang sudi dan hargai hari jadi huda ni. Terima kasih korang! Huda doakan Allah permudahkan urusan hidup, murahkan rezeki dan panjang umur untuk semua!

Selfie bersama ironman di pintu masuk PAVILION, KL


Habis makan, Ayue ajak, jom lah tengok KLFW kat PAVILION. Sampai PAVILION dalam pukul 5 petang. sempatlah tengok stage KLFW, fashion show tak start lagi... Lepas tu dapat mesej. Huda ada dapat invitation FOOD Review di Sunway Putra Hotel pula, start pukul 6 petang. Fikir... tengok fashion show bukan kenyang pun, baik pergi makan Seafood Buffet kat hotel. hehe...

Next terus gerak ke Sunway Putra Hotel dari PAVILION. Dah la first time ni nak naik train dari sini dan huda sorang2 jer! Alhamdulilah, sampai juga ke lokasi dengan selamat, tengok jam baru pukul 5.55 pm. Baki 5 minit, huda rehatkan kaki sekejap di Surau.
Happy Me! Seafood is my all time favourite. Happy lah dapat makan sponsor di hari jadi! 

Luangkan masa di Sunway Putra Hotel makan Seafood Buffet hampir 2 jam. Kemudian shopping sikit kat Sunway Putra Mall, tak boleh tahan tengok ada sale murah2. hehe...

Tengok jam semula.. dah pukul 10 malam... masa untuk pulang ke pangkuan keluarga tersayang. 

Tak sangka 12 jam di luar, spend Me time. Thanks encik suami bagi green light untuk jalan-jalan macam anak dara..hehe.  As reward jadi suami mithali, weekend ni , huda belanja weekend getaway kat resort tepi pantai. Haish, tak sabar pulak ni nak tunggu weekend!

Post a Comment

2 Comments

Suria Amanda said…
Best la..SA plak birthday memang sambut sendiri la..makan untuk diri sendiri...tak pernah dapat special treat ke apa...next year birthday yang ke 42, tak tau la nak buat apa..biasa sambut dengan family je buat makan- makan biasa je...
Ai said…
Laaa huda sorang-sorang je ke turun kl aritu? Ai ingat dengan family and diorg tunggu kat hotel or somewhere else.