Review Safi Balqis Oxy White - Hydrating Lotion

Hye semua wanita cantik di luar sana! Hari ni Huda nak kongsi satu produk terbaru keluaran Safi iaitu Safi Balqis Oxy White - Hydrating Lotion. Selepas Huda gunakan hampir 2 minggu ni, boleh dikatakan produk ni , bukan produk biasa-biasa tau, sebab ia berfungsi 2 dalam 1. Gabungan formulasi penyegar & pelembap dalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum. Best kan? 


REVIEW SAFI BALQIS OXYWHITE - HYDRATING LOTION 100ML


Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion yang memudahkan penjagaan kulit wajah dengan satu langkah dan kulit dapat 2 manfaat! Dengan gabungan formulasi penyegar dan juga pelembap dalam satu langkah sahaja, ia memberikan kesan lembapan yang optimum. 



Manfaat Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion


  • Memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan satu penggunaan. 
  • Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid 
    •  Macro Hyaluronic Acid 
    •  Nano Hyaluronic Acid 
    •  Bio-Hyaluronate 
    •  Oligo-Hyaluronic Acid
    •  Super Nano Hyaluronic Acid
  •   Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit 
  • Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE.   
    • Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala , 
    • Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.


Cara Penggunaan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion

  • sapukan pada seluruh wajah dengan lembut. Tepuk muka dengan lembut sehingga produk meresap sepenuhnya. 
  • Gunakan 2 kali sehari selepas mencuci wajah. 

Review Huda Selepeas Menggunakan Safi Balqis Oxy White - Hydrating Lotion


Huda sangat suka dengan baunya yang wangi dan menyegarkan. Lepas guna memang best rasa kulit lembab dan segar sepanjang hari. Huda gunakan sebelum mengenakan make up. Make up pun tahan lama. Paling best, bila tona kulit pun makin cerah sekata. Jadi, huda sangat syorkan wanita di luar sana mencuba produk terbaru dari Safi Malaysia ni. Harga yang sangat mampu milik dan yang pasti HALAL.

#SafiBalqis #safiMY #SAFISKINSTORY #safibalqishydration #safibalqishydratinglotion

Post a Comment

0 Comments